Pengikut

Sunday, September 5, 2010

Fotografi Tak Semestinya Perlu Kamera Yang Mahal.


Salam kepada semua pembaca yang di kasihi. Terima kasih kepada semua follower yang sudi menjadi kipassusahmati blog Kamera & Kreatif ini. Hari tu ada beberapa orang yang bertanyakan pada saya, bagaimanakah untuk mengambil gambar yang sama macam dalam blog saya ini kalau tiada mempunyai kamera yang mahal. Itu sebenarnya adalah satu soalan yang amat baik.


Memang kamera mahal ada kelebihannya masing-masing. Namun begitu, dalam dunia fotografi apa yang penting bukanlah harga sesebuah kamera tetapi bagaimana kita mengolah kreativiti yang ada dalam diri kita. Untuk menjadi kreatif, tidak semestinya menggunakan peralatan yang mahal. Yang penting adalah idea dan teknik.


Dengan hanya berbekalkan apa yang kita ada, contohnya seperti kamera handphone. Kita sudah boleh mengambil gambar. Kalau handphone kita jenis yang mahal, gambarnya cantik sedikit. Kalau handphone kita dari jenis yang murah, efek gambar saling tak tumpah macam menggunakan kamera LOMOGRAFI.


Tiada halangan jika mempunyai kesungguhan. Bukan semua jurugambar profesional dan amatur itu lahirnya daripada kamera yang mahal. Ramai juga jurugambar profesional dan amatur yang lahir daripada pelbagai jenis medium yang lain contohnya seperti kamera handphone dan juga LOMOGRAFI.


Untuk menaikkan semangat dan keyakinan pembaca-pembaca blog ini, Di sini saya akan lampirkan beberapa karya daripada salah seorang jurugambar profesioanal yang tidak asing lagi iaitu, Henry Reichhold. Gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini diambil oleh beliau dengan hanya menggunakan kamera handphone Nokia N86.

http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.

Jadi, bagaimana pendapat anda semua? Tidak semestinya untuk menghasilkan sesuatu gambar itu memerlukan kamera dslr yang mahal kan. Henry Reichhold menjadi terkenal dan telah diangkat sebagai jurugambar profesional dengan hanya menggunakan kamera handphone. Apa tunggu lagi, mulai daripada sekarang anda juga boleh menjadi seorang jurugambar yang kreatif. Mungkin bukan untuk menjadi profesional, tetapi cukuplah untuk simpanan memori peribadi. Contohnya seperti gambar anak anda yang baru lahir, perkahwinan saudara mara ataupun memori anda bersama keluarga, anak, isteri dan suami yang akan menjadi nostalgia sampai bila-bila. 

Untuk mengetahui lebih lagi mengenai Henry Reichhold anda bolehlah melawat ke laman webpage beliau di http://www.reichholdarts.com ataupun melihat gambar-gambar fotografi handphone beliau yang lain di http://share.ovi.com/users/reichholdarts

Selamat Mencuba!



.

Fotografi Daripada Kamera Handphone.

Ramai orang beranggapan bahawa fotografi mestilah terhasil daripada jenis kamera dan peralatan yang mahal serta teknik yang sukar untuk dipelajari. Anggapan ini tidak semestinya betul, banyak jurugambar  menjadi profesional dengan hanya menggunakan kamera  biasa  mahupun handphone. Walaupun begitu mereka tetap dapat menghasilkan imej fotografi yang sangat baik dan kreatif. Fotografi adalah seni dan seni tidak dicipta oleh alat tetapi ianya terhasil melalui imaginasi dan kreativiti.


Dengan menggunakan kamera handphone, kita akan dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza dan istimewa. Peralatan yang baik tidak boleh membantu kita dalam hal komposisi imej kerana itu memerlukan idea dan kreativiti kita sendiri sebagai seorang jurugambar. Kamera juga tidak dapat menentukan objek dan kawasan yang sesuai untuk di gambarkan dalam bentuk memori kecuali mengikut naluri dan kretiviti yang daripada imaginasi kita sendiri. Mungkin ini akan memberikan sedikit suntikan semangat kepada semua pembaca blog ini untuk mengatakan tidak kepada dunia fotografi.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan:


1. Pencahayaan

 Beberapa kamera handphone juga ada dilengkapi dengan flash terbina dalam. Namun begitu, kaedah mengambil gambar secara outdoor melalui kamera handphone adalah lebih digalakkan untuk menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik. Ini kerana, walaupun terdapat flash terbina dalam, kamera handphone masih tidak dapat merakamkan imej yang baik dalam keadaan yang kekurangan cahaya.


2. Resolusi

Pilihlah resolusi yang paling tinggi untuk menjamin kualiti gambar yang terbaik.


3. Jarak

 Walaupun kamera handphone mempunyai zoom digital yang membolehkan kita membesarkan imej secara maya, namun begitu ini adalah amat tidak digalakkan. Gunakan mode tanpa penggunaan zoom digital kerana imej yang  terhasil tidak akan seberapa. Jika objek yang kita ingin ambil berada dalam keadaan yang jauh, sebolehnya pergilah berdekatan dengan objek sedekat mana yang anda boleh.


4. Kestabilan

Salah satu kelemahan menggunakan kamera handphone ialah ianya tidak dilengkapi dengan image stabilizer. Oleh kerana itu, kestabilan tangan anda memegang kamera handphone semasa mengambil gambar adalah digalakkan.


5. Pelajari komposisi fotografi

Salah satu elemen yang paling penting adalah komposisi fotografi. Meningkatkan kemampuan anda dalam hal ini dengan mempelajari sedikit sebanyak mengenai selok belok dalam mengambil gambar secara betul dan kreatif juga amat digalakkan.


6. Mengetahui setiap aplikasi yang mampu dihasilkan melalui kamera handphone anda.

Beberapa kamera handphone telah dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik. Di antaranya ialah seperti  mod makro, autofocus, sephia, dan lain-lain lagi. Jelajahlah aplikasi dalam menu kamera handphone anda gunakanlah kamera melalui handphone anda secara maksimum.


Untuk melihat contoh-contoh gambar yang diambil dengan menggunakan pelbagai jenis kamera handphone, anda bolehlah klik di sini www.clubsnap.com


.
.

Karya Fotografi Ben Heine Yang Kreatif

Ben Heine adalah seorang jurugambar journalist yang kreatif. Beliau telah banyak menghasilkan illustrasi, potret dan juga gambar-gambar fotografi yang menarik dan kreatif. Pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai karya fotografi kreatif beliau yang popular. Kesemua gambar beliau dalam entry ini telah diambil dengan menggunakan kamera yang telah di taja oleh syarikat Samsung Electronics Co. Ltd.

Kamera yang digunakan untuk menghasilkan gambar kreatif beliau ini ialah Samsung NX10. Beliau telah menghasilkan gambar ini di seluruh tempat yang telah beliau lawati. Beliau telah menggunakan teknik gabungan fotografi dan illustrasi dengan menggunakan perisian grafik berkomputer. Anda juga boleh mencuba kaedah ini untuk mengisi masa lapang. 

Selamat menonton dan menghayati karya-karya fotografi daripada Ben Heine. 


.
.

Friday, September 3, 2010

Antara Jenis Kamera Lomografi Yang Boleh Didapati Untuk Dimiliki

Berikut merupakan senarai beberapa jenama model kamera lomografi yang menjadi perhatian peminat lomografi di Malaysia.


LC-A
Lomolitos
Supersampler
Colorsplash
Blackbird Fly (BBF)

10 Peraturan LOMOGRAFI

  1. Bawalah kamera LOMO anda walaupun ke mana anda pergi.

  2. Gunakan pada bila-bila masa - siang atau malam hari.

  3. Lomography bukanlah merupakan gangguan , tetapi sebahagian daripada hidup anda.

  4. Ambil gambar dari pelbagai sudut.

  5. Ambil gambar dari jarak yang dekat.

  6. Jangan berfikir.

  7.Ambil gambar segera.

  8. Anda tidak perlu ambil tahu dahulu apa yang telah anda tangkap.

  9. Anda juga tidak perlu kisah gambar yang akan terhasil.

10. Jangan bimbang tentang Peraturan.



.