Pengikut

Sunday, September 5, 2010

Fotografi Tak Semestinya Perlu Kamera Yang Mahal.


Salam kepada semua pembaca yang di kasihi. Terima kasih kepada semua follower yang sudi menjadi kipassusahmati blog Kamera & Kreatif ini. Hari tu ada beberapa orang yang bertanyakan pada saya, bagaimanakah untuk mengambil gambar yang sama macam dalam blog saya ini kalau tiada mempunyai kamera yang mahal. Itu sebenarnya adalah satu soalan yang amat baik.


Memang kamera mahal ada kelebihannya masing-masing. Namun begitu, dalam dunia fotografi apa yang penting bukanlah harga sesebuah kamera tetapi bagaimana kita mengolah kreativiti yang ada dalam diri kita. Untuk menjadi kreatif, tidak semestinya menggunakan peralatan yang mahal. Yang penting adalah idea dan teknik.


Dengan hanya berbekalkan apa yang kita ada, contohnya seperti kamera handphone. Kita sudah boleh mengambil gambar. Kalau handphone kita jenis yang mahal, gambarnya cantik sedikit. Kalau handphone kita dari jenis yang murah, efek gambar saling tak tumpah macam menggunakan kamera LOMOGRAFI.


Tiada halangan jika mempunyai kesungguhan. Bukan semua jurugambar profesional dan amatur itu lahirnya daripada kamera yang mahal. Ramai juga jurugambar profesional dan amatur yang lahir daripada pelbagai jenis medium yang lain contohnya seperti kamera handphone dan juga LOMOGRAFI.


Untuk menaikkan semangat dan keyakinan pembaca-pembaca blog ini, Di sini saya akan lampirkan beberapa karya daripada salah seorang jurugambar profesioanal yang tidak asing lagi iaitu, Henry Reichhold. Gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini diambil oleh beliau dengan hanya menggunakan kamera handphone Nokia N86.

http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.

Jadi, bagaimana pendapat anda semua? Tidak semestinya untuk menghasilkan sesuatu gambar itu memerlukan kamera dslr yang mahal kan. Henry Reichhold menjadi terkenal dan telah diangkat sebagai jurugambar profesional dengan hanya menggunakan kamera handphone. Apa tunggu lagi, mulai daripada sekarang anda juga boleh menjadi seorang jurugambar yang kreatif. Mungkin bukan untuk menjadi profesional, tetapi cukuplah untuk simpanan memori peribadi. Contohnya seperti gambar anak anda yang baru lahir, perkahwinan saudara mara ataupun memori anda bersama keluarga, anak, isteri dan suami yang akan menjadi nostalgia sampai bila-bila. 

Untuk mengetahui lebih lagi mengenai Henry Reichhold anda bolehlah melawat ke laman webpage beliau di http://www.reichholdarts.com ataupun melihat gambar-gambar fotografi handphone beliau yang lain di http://share.ovi.com/users/reichholdarts

Selamat Mencuba!



.

1 comment:

arnabs said...

setuju! kmera yg biasa pon leh tgkp gmbr yg cantik tpi 2 pon kalo sesowg tue pndai amek dr angle yg elok...