Pengikut

Sunday, September 5, 2010

Fotografi Daripada Kamera Handphone.

Ramai orang beranggapan bahawa fotografi mestilah terhasil daripada jenis kamera dan peralatan yang mahal serta teknik yang sukar untuk dipelajari. Anggapan ini tidak semestinya betul, banyak jurugambar  menjadi profesional dengan hanya menggunakan kamera  biasa  mahupun handphone. Walaupun begitu mereka tetap dapat menghasilkan imej fotografi yang sangat baik dan kreatif. Fotografi adalah seni dan seni tidak dicipta oleh alat tetapi ianya terhasil melalui imaginasi dan kreativiti.


Dengan menggunakan kamera handphone, kita akan dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza dan istimewa. Peralatan yang baik tidak boleh membantu kita dalam hal komposisi imej kerana itu memerlukan idea dan kreativiti kita sendiri sebagai seorang jurugambar. Kamera juga tidak dapat menentukan objek dan kawasan yang sesuai untuk di gambarkan dalam bentuk memori kecuali mengikut naluri dan kretiviti yang daripada imaginasi kita sendiri. Mungkin ini akan memberikan sedikit suntikan semangat kepada semua pembaca blog ini untuk mengatakan tidak kepada dunia fotografi.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan:


1. Pencahayaan

 Beberapa kamera handphone juga ada dilengkapi dengan flash terbina dalam. Namun begitu, kaedah mengambil gambar secara outdoor melalui kamera handphone adalah lebih digalakkan untuk menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik. Ini kerana, walaupun terdapat flash terbina dalam, kamera handphone masih tidak dapat merakamkan imej yang baik dalam keadaan yang kekurangan cahaya.


2. Resolusi

Pilihlah resolusi yang paling tinggi untuk menjamin kualiti gambar yang terbaik.


3. Jarak

 Walaupun kamera handphone mempunyai zoom digital yang membolehkan kita membesarkan imej secara maya, namun begitu ini adalah amat tidak digalakkan. Gunakan mode tanpa penggunaan zoom digital kerana imej yang  terhasil tidak akan seberapa. Jika objek yang kita ingin ambil berada dalam keadaan yang jauh, sebolehnya pergilah berdekatan dengan objek sedekat mana yang anda boleh.


4. Kestabilan

Salah satu kelemahan menggunakan kamera handphone ialah ianya tidak dilengkapi dengan image stabilizer. Oleh kerana itu, kestabilan tangan anda memegang kamera handphone semasa mengambil gambar adalah digalakkan.


5. Pelajari komposisi fotografi

Salah satu elemen yang paling penting adalah komposisi fotografi. Meningkatkan kemampuan anda dalam hal ini dengan mempelajari sedikit sebanyak mengenai selok belok dalam mengambil gambar secara betul dan kreatif juga amat digalakkan.


6. Mengetahui setiap aplikasi yang mampu dihasilkan melalui kamera handphone anda.

Beberapa kamera handphone telah dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik. Di antaranya ialah seperti  mod makro, autofocus, sephia, dan lain-lain lagi. Jelajahlah aplikasi dalam menu kamera handphone anda gunakanlah kamera melalui handphone anda secara maksimum.


Untuk melihat contoh-contoh gambar yang diambil dengan menggunakan pelbagai jenis kamera handphone, anda bolehlah klik di sini www.clubsnap.com


.
.

No comments: