Pengikut

Sunday, September 5, 2010

Fotografi Tak Semestinya Perlu Kamera Yang Mahal.


Salam kepada semua pembaca yang di kasihi. Terima kasih kepada semua follower yang sudi menjadi kipassusahmati blog Kamera & Kreatif ini. Hari tu ada beberapa orang yang bertanyakan pada saya, bagaimanakah untuk mengambil gambar yang sama macam dalam blog saya ini kalau tiada mempunyai kamera yang mahal. Itu sebenarnya adalah satu soalan yang amat baik.


Memang kamera mahal ada kelebihannya masing-masing. Namun begitu, dalam dunia fotografi apa yang penting bukanlah harga sesebuah kamera tetapi bagaimana kita mengolah kreativiti yang ada dalam diri kita. Untuk menjadi kreatif, tidak semestinya menggunakan peralatan yang mahal. Yang penting adalah idea dan teknik.


Dengan hanya berbekalkan apa yang kita ada, contohnya seperti kamera handphone. Kita sudah boleh mengambil gambar. Kalau handphone kita jenis yang mahal, gambarnya cantik sedikit. Kalau handphone kita dari jenis yang murah, efek gambar saling tak tumpah macam menggunakan kamera LOMOGRAFI.


Tiada halangan jika mempunyai kesungguhan. Bukan semua jurugambar profesional dan amatur itu lahirnya daripada kamera yang mahal. Ramai juga jurugambar profesional dan amatur yang lahir daripada pelbagai jenis medium yang lain contohnya seperti kamera handphone dan juga LOMOGRAFI.


Untuk menaikkan semangat dan keyakinan pembaca-pembaca blog ini, Di sini saya akan lampirkan beberapa karya daripada salah seorang jurugambar profesioanal yang tidak asing lagi iaitu, Henry Reichhold. Gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini diambil oleh beliau dengan hanya menggunakan kamera handphone Nokia N86.

http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts.

Jadi, bagaimana pendapat anda semua? Tidak semestinya untuk menghasilkan sesuatu gambar itu memerlukan kamera dslr yang mahal kan. Henry Reichhold menjadi terkenal dan telah diangkat sebagai jurugambar profesional dengan hanya menggunakan kamera handphone. Apa tunggu lagi, mulai daripada sekarang anda juga boleh menjadi seorang jurugambar yang kreatif. Mungkin bukan untuk menjadi profesional, tetapi cukuplah untuk simpanan memori peribadi. Contohnya seperti gambar anak anda yang baru lahir, perkahwinan saudara mara ataupun memori anda bersama keluarga, anak, isteri dan suami yang akan menjadi nostalgia sampai bila-bila. 

Untuk mengetahui lebih lagi mengenai Henry Reichhold anda bolehlah melawat ke laman webpage beliau di http://www.reichholdarts.com ataupun melihat gambar-gambar fotografi handphone beliau yang lain di http://share.ovi.com/users/reichholdarts

Selamat Mencuba!



.

Fotografi Daripada Kamera Handphone.

Ramai orang beranggapan bahawa fotografi mestilah terhasil daripada jenis kamera dan peralatan yang mahal serta teknik yang sukar untuk dipelajari. Anggapan ini tidak semestinya betul, banyak jurugambar  menjadi profesional dengan hanya menggunakan kamera  biasa  mahupun handphone. Walaupun begitu mereka tetap dapat menghasilkan imej fotografi yang sangat baik dan kreatif. Fotografi adalah seni dan seni tidak dicipta oleh alat tetapi ianya terhasil melalui imaginasi dan kreativiti.


Dengan menggunakan kamera handphone, kita akan dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza dan istimewa. Peralatan yang baik tidak boleh membantu kita dalam hal komposisi imej kerana itu memerlukan idea dan kreativiti kita sendiri sebagai seorang jurugambar. Kamera juga tidak dapat menentukan objek dan kawasan yang sesuai untuk di gambarkan dalam bentuk memori kecuali mengikut naluri dan kretiviti yang daripada imaginasi kita sendiri. Mungkin ini akan memberikan sedikit suntikan semangat kepada semua pembaca blog ini untuk mengatakan tidak kepada dunia fotografi.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan:


1. Pencahayaan

 Beberapa kamera handphone juga ada dilengkapi dengan flash terbina dalam. Namun begitu, kaedah mengambil gambar secara outdoor melalui kamera handphone adalah lebih digalakkan untuk menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik. Ini kerana, walaupun terdapat flash terbina dalam, kamera handphone masih tidak dapat merakamkan imej yang baik dalam keadaan yang kekurangan cahaya.


2. Resolusi

Pilihlah resolusi yang paling tinggi untuk menjamin kualiti gambar yang terbaik.


3. Jarak

 Walaupun kamera handphone mempunyai zoom digital yang membolehkan kita membesarkan imej secara maya, namun begitu ini adalah amat tidak digalakkan. Gunakan mode tanpa penggunaan zoom digital kerana imej yang  terhasil tidak akan seberapa. Jika objek yang kita ingin ambil berada dalam keadaan yang jauh, sebolehnya pergilah berdekatan dengan objek sedekat mana yang anda boleh.


4. Kestabilan

Salah satu kelemahan menggunakan kamera handphone ialah ianya tidak dilengkapi dengan image stabilizer. Oleh kerana itu, kestabilan tangan anda memegang kamera handphone semasa mengambil gambar adalah digalakkan.


5. Pelajari komposisi fotografi

Salah satu elemen yang paling penting adalah komposisi fotografi. Meningkatkan kemampuan anda dalam hal ini dengan mempelajari sedikit sebanyak mengenai selok belok dalam mengambil gambar secara betul dan kreatif juga amat digalakkan.


6. Mengetahui setiap aplikasi yang mampu dihasilkan melalui kamera handphone anda.

Beberapa kamera handphone telah dilengkapi dengan ciri-ciri yang menarik. Di antaranya ialah seperti  mod makro, autofocus, sephia, dan lain-lain lagi. Jelajahlah aplikasi dalam menu kamera handphone anda gunakanlah kamera melalui handphone anda secara maksimum.


Untuk melihat contoh-contoh gambar yang diambil dengan menggunakan pelbagai jenis kamera handphone, anda bolehlah klik di sini www.clubsnap.com


.
.

Karya Fotografi Ben Heine Yang Kreatif

Ben Heine adalah seorang jurugambar journalist yang kreatif. Beliau telah banyak menghasilkan illustrasi, potret dan juga gambar-gambar fotografi yang menarik dan kreatif. Pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai karya fotografi kreatif beliau yang popular. Kesemua gambar beliau dalam entry ini telah diambil dengan menggunakan kamera yang telah di taja oleh syarikat Samsung Electronics Co. Ltd.

Kamera yang digunakan untuk menghasilkan gambar kreatif beliau ini ialah Samsung NX10. Beliau telah menghasilkan gambar ini di seluruh tempat yang telah beliau lawati. Beliau telah menggunakan teknik gabungan fotografi dan illustrasi dengan menggunakan perisian grafik berkomputer. Anda juga boleh mencuba kaedah ini untuk mengisi masa lapang. 

Selamat menonton dan menghayati karya-karya fotografi daripada Ben Heine. 


.
.

Friday, September 3, 2010

Antara Jenis Kamera Lomografi Yang Boleh Didapati Untuk Dimiliki

Berikut merupakan senarai beberapa jenama model kamera lomografi yang menjadi perhatian peminat lomografi di Malaysia.


LC-A
Lomolitos
Supersampler
Colorsplash
Blackbird Fly (BBF)

10 Peraturan LOMOGRAFI

  1. Bawalah kamera LOMO anda walaupun ke mana anda pergi.

  2. Gunakan pada bila-bila masa - siang atau malam hari.

  3. Lomography bukanlah merupakan gangguan , tetapi sebahagian daripada hidup anda.

  4. Ambil gambar dari pelbagai sudut.

  5. Ambil gambar dari jarak yang dekat.

  6. Jangan berfikir.

  7.Ambil gambar segera.

  8. Anda tidak perlu ambil tahu dahulu apa yang telah anda tangkap.

  9. Anda juga tidak perlu kisah gambar yang akan terhasil.

10. Jangan bimbang tentang Peraturan.



.

Pencetus Idea LOMOKIDS Malaysia (Keratan Akhbar Berita Harian)

MINAT personaliti XY – Ikon Lelaki minggu ini terhadap seni lomografi bukan sekadar menghabiskan masa berjam-jam mendapatkan foto terbaik. Bagi memperluaskan pengaruh seni lomografi, Mukhriz Abdul Latif mengusulkan idea membangunkan komuniti penggemar seni lomografi di Malaysia.


MINAT mendalam anak muda ini terhadap cabang seni fotografi, lomografi mendorong Mukhriz Abdul Latif, 28, menubuhkan komuniti yang menarik penyertaan lebih 6,000 ahli.

 Bagi yang tidak pernah mendengar keunikan seni lomografi, ia suatu cabang seni fotografi menggunakan kamera biasa dan khusus. Seni lomografi berteraskan prinsip bebas dalam merakam gambar, rekaan kamera tersendiri malah tampak seperti barang mainan serta hasil foto unik.

Biarpun pada mulanya idea menubuhkan komuniti lomografi tidak diberi perhatian serius penggemar lomografi tempatan, ia tidak menghalang Mukhriz meyakinkan mereka bergerak dalam komuniti sendiri. Akhirnya, ramai akur lalu tertubuhlah komuniti Lomokids melalui laman web www.lomokids.com.
Komuniti ini bergerak secara rasmi pada Jun 2006.

“Sebelum kemunculan Lomokids, memang sudah ada penggemar lomografi di Malaysia. Kita dapat lihat mereka melalui hasil lomografi yang dipaparkan di laman web jaringan sosial seperti Myspace.com.
 
Antara hasil LOMO oleh Mukhriz
 
“Namun, minat dan kreativiti mereka setakat itu saja kerana tidak begitu banyak ruang atau saluran bertukar pandangan mengenai seni lomografi atau melakukan aktiviti ini beramai-ramai.
“Disebabkan itu, saya fikirkan perlu sebuah komuniti ditubuhkan sebagai medan peminat lomografi berinteraksi,” katanya yang bangga menceritakan Lomokids kini memiliki lebih 6,000 ahli dengan 1,000 ahli bergiat aktif.

Terus bercerita, Mukhriz bangga populariti Lomokids meningkat. Malah, komuniti ini sering diundang menyertai acara besar. Lomokids juga menjalin hubungan baik dengan peminat lomografi di Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kata Mukhriz, bidang lomografi di Malaysia lebih pesat berkembang berbanding negara lain di rantau ini.


Ditanya sejauh mana Lomografi dan Lomokids mengubah hidupnya, Mukhriz yang bertugas sepenuh masa sebagai jurugambar di Syarikat CandidSyndrome berkata: 
 “Pembabitan saya dalam bidang ini bukan semata-mata bertujuan meluaskan jaringan. Saya mahu mencari pengalaman dan mendedahkan diri dengan perkembangan baru seni ini melalui interaksi dengan peminat lomografi di seluruh dunia.”

Tambah Mukhriz, beliau seronok melakukan pelbagai aktiviti bersama ahli Lomokids.
“Saya gembira melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama rakan Lomokids. Ini kerana kami mempunyai minat serupa dan tiada hierarki dalam kumpulan ini. Semua orang beri sumbangan dalam membangunkan seni lomografi di Malaysia,” katanya.

Banyak lagi kisah menarik Lomokids diceritakan Mukhriz kepada XY-Ikon Lelaki – ikuti temubual ini…

Anda meminati bidang fotografi terutama seni lomografi. Boleh huraikan perbezaan antara fotografi dan lomografi secara teknikal? Antara kedua-duanya mana lebih memberi kepuasan kepada anda?
Dalam fotografi, ada ‘peraturan’ ditetapkan dan banyak aspek teknikal perlu dipelajari. Lomografi pula lebih bebas dan berlandaskan peraturan utama iaitu don’t think, just shoot.
Hasil fotografi (digital) pula kebanyakannya dapat dibayangkan. Ini berbeza dengan lomografi di mana hasilnya tidak dapat dijangka. Namun, ia memberi kepuasan yang tinggi.
Inilah yang mendorong kita melakukan eksperimen ketika merakamkan gambar. Ini tentunya berbeza dengan fotografi digital yang lebih bergantung kepada perisian komputer untuk mencantikkan gambar yang dirakam.
Sehubungan itu, fotografi digital boleh disifatkan tidak asli berbanding hasil seni lomografi.

Apa tarikan seni lomografi hingga menjadikan anda berminat dengan seni ini?
Pada mulanya, saya tertarik dengan kesan dan keaslian gambar yang dihasilkan kamera jenis ini (kamera lomo). Hasilnya cukup unik dan tidak dapat dibuat menggunakan perisian komputer.
Lebih menarik, semua hasil gambar bermula daripada proses percubaan atau eksperimen. Setiap gambar yang dirakam adalah berbeza antara satu sama lain walaupun kedua-duanya dirakamkan di lokasi, sudut, kamera, filem dan penyelarasan (setting) yang sama.

Apa keseronokan yang diperoleh apabila bergelar seorang lomographer?
Pertama, menjadi lain daripada lain. Seperti yang dapat dilihat, kelompok atau scene lomografi masih kecil di Malaysia. Zaman ini boleh dikatakan sebagai era DSLR iaitu kamera digital.
Saya bangga menggunakan filem dan kamera biarpun ia kelihatan agak pelik dan unik. Kamera lomografi selalu menjadi perhatian mereka yang tidak mengenali atau tidak pernah melihatnya.
Selain itu, keseronokan timbul apabila gambar yang dirakamkan menghasilkan foto yang tidak dijangka. Rasa teruja kerana apabila kita merakamnya, kita tidak dapat meramalkan bagaimana gambar yang dihasilkan.

Apakah sasaran atau matlamat penubuhan Lomokids sejak tiga tahun lalu tercapai?
Ketika ini, ada beberapa sasaran yang belum tercapai. Walaupun nama Lomokids semakin dikenali serta aktif menyertai acara seni serta acara besar seperti Youth 2009 dan juga Sunburst 2009, saya fikir semua itu belum mencukupi.
Matlamat utama saya dan tiga rakan iaitu Mohd Idzwan Latif, Muhamad Reza Ramli dan Ismail Arsad yang menubuhkan Lomokids adalah untuk mengembangkan seni lomografi agar ramai menghargainya.
Selain itu, Lomokids mensasarkan membuka kedai Lomo untuk menjual barangan lomografi. Jika ini dilaksanakan, ia menjadi kedai lomografi pertama di Malaysia. Semua ini masih dalam perancangan.
Sehubungan itu, kami sedang berusaha mendapatkan kerjasama dari wakil lomografi Asia yang berpangkalan di Hong Kong.

Bagaimana anda dan penggiat aktif Lomokids memastikan komuniti ini bukan sekadar forum lomo tetapi memberi manfaat kepada mereka yang menyertainya?
Lomokids sentiasa berbincang dengan ahli mengenai aktiviti yang ingin dilakukan sepanjang tahun.
Kebanyakan perbincangan akan menjurus kepada hala tuju Lomokids dan pertemuan penggiat Lomokids di seluruh Malaysia.
Melalui perbincangan ini, hubungan antara ahli Lomokids menjadi lebih akrab malah ibarat sebuah keluarga besar.

Aktiviti bagaimana sering dianjurkan Lomokids dan tujuannya?
Lazimnya, kami akan keluar beramai-ramai dan melakukan penggambaran pada hujung minggu di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Selain itu, Lomokids setiap tahun meraikan hari penubuhan komuniti ini dengan tema khusus, Lomokids Big Day Out. Kami juga selalu meraikan hari lahir ahli Lomokids yang aktif.
Kita juga menganjurkan program outing membabitkan ramai ahli. Destinasi outing selalunya tertumpu di tempat bersejarah, pelancongan dan pelbagai destinasi menarik. Semua aktiviti ini diadakan untuk merapatkan silaturrahim antara ahli serta berkongsi idea mengenai seni ini.

Sepanjang bergiat aktif dengan lomografi dan Lomokids, apakah peristiwa atau kenangan yang tidak dapat dilupakan?
Terlalu banyak. Antara yang pahit ialah ketika awal pembabitan saya dalam bidang ini, saya sering dikutuk kerana menggunakan kamera lomo yang dikatakan gajet ketinggalan zaman.
Namun, sekarang terbukti bidang lomografi mampu membuatkan kita pergi jauh. Saya meningkatkan kemahiran menggunakan kamera lomografi dan sekarang, saya sudah pun bergelar jurugambar profesional.
Kenangan manis bagi saya ialah melihat Lomokids mencapai tahap sekarang dan sering diundang memeriahkan acara-acara besar.

Mengapa ada pihak cuma aktif dalam bidang lomografi bagi suatu tempoh singkat saja?
Ini kerana mereka tidak mempunyai minat mendalam sebaliknya hanya mengikut aliran atau kawan-kawan saja. Dalam lomografi, minat dan kesabaran tinggi perlu kerana untuk mendapatkan foto cantik, bukan semudah menekan butang kamera saja.

Apa idea yang untuk memperluaskan Lomokids?
Ada juga idea supaya lomografi dijadikan aktiviti kelab di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Ramai ahli Lomokids masih bergelar pelajar dan menuntut di IPT, jadi saya percaya ini mampu diperluaskan lagi.
Selain itu, kami merancang menerbitkan dokumentari mengenai Lomografi; mengadakan pameran dan juga bengkel selain mendekati media massa supaya seni lomografi dapat diperluaskan lagi.

Biodata Mukhriz

Nama penuh : Mukhriz Abd Latif
Umur : 28 tahun
Asal : Johor Bahru
Tinggi : 172 sentimeter (sm)
Berat : 68 kilogram (kg)
Hobi : Lomografi, fotografi dan berbasikal

SUMBER : BERITA HARIAN

LOMOGRAFI di Malaysia

Bukan mudah untuk mendapatkan peralatan lomografi di Malaysia terutama kalangan peminat lomografi yang tinggal di kawasan atau negeri yang tidak mempunyai pengikut seni fotografi ini. Bagi sesetengah jurufoto pula, golongan ini menolak kehadiran lomografi dengan menganggap seni ini sebagai bidang picisan dan tidak mempunyai sebarang matlamat, tetapi kehadiran-kehadiran kelab seperti Lomokids, telah membuka mata banyak  pihak tentang kewujudan fenomena yang dinamakan LOMOGRAFI dan menjadikan bidang ini semakin berkembang di Malaysia dalam keadaan serba kekurangan.

Kebanyakkan anak-anak muda yang baru ingin menceburi dalam bidang lomografi ini pasti menghadapi sedikit kesulitan, kerana kelompok golongan ini sukar mendapatkan pendedahan yang secukupnya secara "berguru" (face-to-face) dengan mana-mana jurulomo yang telah berpengalaman. Kekurangan jurulomo berpengalaman di Malaysia, jumlah kedai yang menjual peralatan lomogarfi yang sedikit, jumlah bahan rujukan atau majalah terhadap bidang ini yang terhad di pasaran dan juga lain-lain faktor menjadikan lomografi sedikit lambat untuk meresap ke dalam nadi masyarakat Malaysia. Namun begitu, komuniti lomografi sedia ada sememangnya amat teguh dan bersemangat untuk memperjuangakan bidang lomografi, dan komuniti ini kelihatan lebih banyak tertumpu di negeri-negeri bahagian selatan Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur.

Di Johor Bahru, kelab seperti Lomonatic-Joho telah berjaya memberi pendedahan yang sewajarnya kepada golongan yang baru ingin berjinak dengan dunia lomografi. Kelab ini telah mengadakan siri outing yang dinamakan  Let Shoot untuk mengalakkan aktiviti ber-lomo dan saling berkenal-kenalan di kalangan peminat lomografi yang ada di sekitar negeri Johor. Aktiviti seperti ini sebenarnya dapat membantu memberikan  pendedahan dikalangan peminat lomografi disamping dapat bertukar-tukar idea dan ilmu mengenai bidang ini.

Walaupun bidang lomografi ini masih terlalu mentah di Malaysia, namun begitu pelbagai usaha telah dijalankan oleh individu tertentu terutamanya  Lomokids untuk menyebarkan dan menjadikan bidang ini sebagai aktiviti yang sihat dan bermatlamat. Bidang lomografi ini sebenarnya memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk memastikan jurulomo tidak mudah berputus asa dan cuma meminati bidang ini dalam tempoh masa tertentu sahaja, bak kata pepatah; Hangat-hangat tahi ayam.




Dalam merealisasikan impian yang murni, seharusnya kerajaan melalui beberapa kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan serta  Kementerian Komunikasi dan Multimedia,  seharusnya mengambil inisiatif untuk mengalakkan aktiviti seperti ini dengan penyediaan pelbagai aktiviti, bengkel, siri ekspo dan pameran  untuk mengalakkan golongan muda terlibat dengan aktiviti yang jelas sihat ini. Melalui aktiviti seperti ini, golongan remaja dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral dan seterusnya dapat melatih kepekaan terhadap keadaan persekitaran.

Walau bagaimanapun, lomografi bukan sekadar bidang picisan yang dianggap cuma memenuhi kehendak nilai estetika pop art  kerana sesungguhnya lomografi merupakan bidang yang memerlukan kesungguhan dan keazaman untuk menghasilkan foto yang kreatif dan unik dari pandangan dunia lomo, malah mampu memberikan sejuta kenangan indah ketika ber-lomo.

Lomografer dan Perkembangannya

Lomografer adalah panggilan untuk pengguna-pengguna dan juga untuk pengemar-penggemar  Lomografi. Matthias Fiegl dan Wolfgang Stranzinger merupakan dua mahasiswa Austria yang dengan gigih memperkenalkan dan mengajak rakan-rakan dan bahkan orang yang tidak mereka kenali untuk mencuba kamera Lomografi. Lama-kelamaan semakin ramai orang yang ingin menggunakan kamera Lomografi ini.

1994: Perbincangan untuk masa depan LOMO

Mereka adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan kelab bagi penggemar-penggemar kamera  Lomografi yang kini di kenali sebagai The LOMOGRAPHIC Society (Lomographische Gesellschaft) yang berpangkalan di Vienna. Kini , kelab tersebut telah mempunyai ahli seramai  lebih daripada 500,000 pengguna setia Lomo di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

1995-1997: Permohonan LOMO supaya ianya dipatenkan
Masakini, lebih banyak orang yang semakin tertarik dan telah  menggunakan kemera Lomografi. Kegilaannya semakin tersebar luas. Pengguna Lomo kini boleh dijumpai di 60 buah lokasi daripada lima benua dan kini telah terdapat 88 kelab Lomo di seluruh dunia.

1997: LOMO telah diterima ramai dan berjaya dipatenkan

Sejarah LOMOGRAFI

Pada awalnya Michail Panfilowitsch Panfiloff, salah satu tokoh terpenting dalam LOMO Rusia Arms and Optical  , telah meneliti dan mengkaji kamera yang diberikan  kepada beliau oleh Jeneral Igor Petrowitsch Kornitzky iaitu orang kepercayaan Menteri Pertahanan dan Industri Soviet Union. Kamera itu ialah Cosina CX-1. Kamera itu dipercayai mereka adalah berasal daripada negeri Jepun.


Cosina CX-1

Setelah diteliti, kedua-duanya bersetuju bahawa teknologi kamera ini patut ditiru dan dikomersilkan. Harapan mereka ialah agar kamera tersebut akan dapat menjadi kebanggaan semua warga Soviet Union. Maka pada tahun 1982 mereka telah menghasilkan  sebuah kamera analog ringkas yang diberi nama 'Lomo Kompakt Automat'.

Lomo Kompakt Automat dibuat secara besar-besaran dikilangnya di Soviet Union
 
 Kini, kamera ini telah dihasilkan semula dan lebih dikenali dengan nama 'Lomo LC-A'. Kamera tersebut dihasilkan bagi tujuan komersil. dan  tidak disangka penerimaannya adalah diluar jangkaan. .Penyebaran jualanlanya berkembang sehiingga ke negara Vietnam, Cuba, Jerman Timur, sehinggalah sampai ke Pesisiran Laut Hitam. Namun begitu, perkembangannya telah terhenti semasa era komunisme.

Lomo LC-A diperkenalkan

Pada tahun 1991, dua mahasiswa Vienna, Austria iaitu Matthias Fiegl dan Wolfgang Stranzinger telah menjumpai kamera analog Lomo LC-A di Praha iaitu satu kawasan di Republik Czech. Kamera Lomo LC-A yang mereka dapati itu betul-betul dalam keadaan yang agak teruk. Ianya kotor dan tidak berfungsi. Baterinya perlu diimport daripada Asia.


Trend lomo yang di bawa oleh 2 pelajar daripada Austria dan kemudian menubuhkan The LOMOGRAPHIC Society

Pada tahun 1992 - 1993 adalah sejarah kebangkitan kamera Lomografi. Matthias Fiegl dan Wolfgang Stranzinger akan pergi mengelilingi dunia dengan berbekalkan kamera Lomografi . Mereka mengabadikan segala pengembaraan mereka dengan hanya menggunakan kamera Lomo yang telah mereka bawa. Sehingga kini, gambar yang telah mereka ambil menjadi satu hasil karya seni yang semakin dapat di terima oleh  semua penggemar-penggemar teknik fotografi analog kreatif. Kini, mereka menubuhkan sebuah kelab pencinta Lomografi iaitu The LOMOGRAPHIC Society (Lomographische Gesellschaft) di Vienna. Pada 1994, Pameran Lomografi yang pertama kali telah dianjurkan di Moscow, Rusia dan New York, Amerika Syarikat.



Thursday, September 2, 2010

Fotografi Angker dan Keras

Hari ni dalam bulan-bulan puasa ni aku nak bukak satu topik yang aku juga laluinya sendiri. Topik ini memang menjadi bualan hangat dan paling digemari oelh rakyat Malaysia umumnya. Sebagai seorang jurugambar, aku juga ada pendapat aku sendiri dengan segala pengalaman yang dah aku lalui.

Topik kali ni ialah berkenaan dengan fotografi angker. Senang cakap, gambar hantu. Ya, gambar hantu!. Korang mesti tak percaya yang topik seperti ini akan di perbincangkan di sini. Aku pun memula tak mau cerita benda ni kat sini tapi apabila aku terjumpa satu blog kawan kita ni, aku teringat kembali waktu zaman aku belajar dulu.

Sebagai seorang bandar yang moden, aku memang tak percaya semua benda karut marut ni. Mana ada hantu yang pandai bergambar? Itu sangkaan aku dulu. Tapi, apabila berlaku 2 perkara dalam hidup aku, aku mula berfikir. Iya! ini semua kerja syaitan yang ingin menyesatkan umat manusia. Dia boleh menyerupai pelbagai bentuk untuk memesongkan akidah kita semua. Tapi, persolannya di sini bukan itu. Kali ni apa yang nak di pertonjolkan ialah kebarangkalian kita sebagai seorang jurugambar dapat mengambil gambar masa 'dia' menyerupai sesuatu tu.

Bukan semua orang dapat tangkap gambar hantu. Sepengalaman aku sebagai seorang jurugambar, hanya 2 kali aku dapat capture gambar hantu ni. Memula aku tak percaya, kemudian apabila diamati secara terperinci memang jelas ianya gambar hantu. Tapi, tu semua gambar yang aku ambil waktu aku belajar di UiTM dulu. Secara kebetulan je boleh dapat. Gambarnya, entah ke mana? Aku cuba menyelongkar di rumah lama, tak jumpa negatifnya. Iyalah, waktu dulu aku ingat benda ni tak penting pun. Setakat tunjuk kat kawan-kawan dah le.Tapi sekarang ni dah ada internet, blog dan sebagainya. Jadi, semua orang nak berkongsi cerita.

Korang boleh buat penilaian korang sendiri. Bagi aku dah 2 kali aku mengalaminya. Aku sahkan yang benda ni betul. Cuma kita perlu ingat bahawa ini semua adalah mainan syaitan yang menyerupai pelbagai untuk menyesatkan kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

Bagi yang bertuah, yang di benarkan oleh Allah untuk dapat menangkap gambar sedemikian, ataupun melihat sendiri di depan mata (yang ni aku pernah sekali), bersyukur dan ambillah ini sebagai satu iktibar dan pengajaran. Untuk yang tak dapat tengok, di sini aku akan lampirkan beberapa gambar yang aku rasa memang gambar real yang tak diedit yang aku dapat melalui laman blog hantu yang aku akan linkkan kepada korang diakhir sesi ni nanti.

Jadi, tengoklah gambar-gambar ini dan buatlah penilaian sendiri. Bagi yang lemah semangat tak payahlah nak memberanikan diri tengok, takut nanti ada yang tak berani pergi bilik air pulak nanti. Sila klik kanan untuk membesarkan gambar supaya lebih jelas.

Gambar ni kita ambik dari blog IsuHangat. Teks berikut disediakan:
From: Asrul Effandi Sent: Friday, October 30, 2009 8:59 PM
Td pergi ibusawat sg buloh terima barang,terasa nak gi bilik fiber yg yg penuh dgn alat dan patchcord yg serabut tu serabut mata memandang..tel kontrator jak,bila nak kuar ini aku nmpak!...mak ehh apa tu?
Tangkap gambar terus cabut lari..dalam otak korang mesti ckp org tgh solat tu..tp apa aku nak ckp plak,itu bukan tmpat smbhyg,surau lelaki dan prmpun ada tak jauh pun dr situ!nak rukuk pun xlepas tu..klu aku prmpuan pun aku xkn dduk dlm bilik itu yg gelap dn solat sorg2 di exch sg buloh yg tkenal dgn misterinya,..siapkah dia?
Nampak macam orang perempuan pakai telekung. Seorang pelawat beri komen, manalah tau ada makwe tetiba nak solat kat dalam bilik tu untuk tenangkan fikiran ke hapa. Gambar hantu atau tidak, anda nilaikan sendiri.

Terima kasih Isuhangat
Cuba lihat pada tengkuk perempuan tu. Ada tangan?
.
.
Perhatikan imej pada tingkap belakang.
.
.
Tapi, tak semestinya gambar yang diambil ini adalah yang original. Gambar ini saya dapat melalui internet yang tidak terbukti akan kesahihannya. Saya sendiri pernah tertangkap gambar-gambar macam ni. Anda semua lebih bijak dan arif. Buatlah penilaian anda sendiri.Untuk mengetahui cerita-cerita angker yang menarik, korang semua bolehlah klik pada link di bawah ini:

Blog Gambar Hantu

Blog Uncle Seekers