Hemmm...ramai yang dah ada duit nak tambah aksesori. Tapi pening kepala nak beli yang mana dulu. Kena jugak ikut budget. Kalau anda rasa fotografi ni hanya setakat hobi yang bermusim, eloklah fikir banyak kali. Tapi, kalau nak buat part-time, mungkin modal yang dikeluarkan tu akan dapat balik serta keuntungannya sekali.
Sebenarnya, antara lens dan flash kedua-duanya sama penting. Tapi kalau nak budget, eloklah beli flash dulu. Sebab kalau dah ada kamera, mestilah dah ada kit lensnya kan. Kadang-kadang lens telefoto yang kita gunakan pun tak sesuai dengan keadaan, balik-balik lens standard juga kita capai. Secara yang lebih baiknya bermain dengan kit lens dengan cara kreatif lebih baik daripada guna telefoto tapi gambar semua tak ada kualiti.
Jadi, nak jadi kreatif flash adalah aksesori yang sesuai dibeli kalau ada kemampuan.Kalau tak, tak payah pun boleh jadi kreatif. Tapi, kreatif flash lain. Efek yang dihasilkan oleh flas boleh buat air terhenti, orang terapung di udara, gambar sukan lebih real (contohnya bola), dan sebenarnya banyak lagi. Biarlah itu semua diceritakan dalam post tutorial nanti.
No comments:
Post a Comment