Pengikut

Wednesday, August 25, 2010

Macamana nak tangkap gambar dalam keadaan kalut.?

Situasi ini memang selalu berlaku pada sapa-sapa saja yang nak ambil gambar. Kalut ataupun sedap sikit "rushing". Mana taknya, baru je lepas ambil gambar persamian tadi, tiba-tiba ada pulak upacara pemberian hadiah. Yang bagi hadiah pulak VVIP. Kalau tak rushing, mau blur semua gambar. Sebab gambar ni semualah yang paling utama. Tambah lagi kalau VVIP tu Menteri ke, orang kenamaan ke, tak pun orang yang paling penting dalam majlis tu. Jadi, apakah cara terbaik mengambil gambar pada waktu ini?


Sebenarnya ianya lebih mengikut kepada keadaan dan situasi. Selalunya, kalau fotografi outdoor lebih mudah daripada fotografi dalam bangunan tertutup macam dewan. Kalau outdoor tu siang, kamera bolehlah dilaraskan kepada mode auto keseluruhan. Ini kerana dalam cuaca yang cerah, kamera tiada masalah untuk fokus dalam keadaan yang pantas untuk satu-satu proses yang kita "rushing". Contohnya upacara pemberian hadiah yang tak sempat la kita nak fokus manual sorang-sorang yang ambil hadiah atas pentas tu pasal dah terlalu ramai dan kerap orang dok turun naik pentas.


Tapi kalau situasinya malam ataupun indoor, memamng ini satu cabaran. Cara yang terbaik ialah dengan menukarkan lens yang lebih sensitif pada cahaya. Memang tak disangkalkan lens jenis ini mahal harganya. Tapi ianya berbaloi dengan kemampuan yang mampu dilakukan oleh lens tersebut dalam situasi sebegini.
Tapi kita bukan jurugambar orang kawin nak beli lens mahal-mahal ni? Ok, itu satu persoalan yang baik. Sekarang ni kita hanyalah amatur dengan kemampuan kamera yang kita ada. Macamana?


Tips saya mudah. Untuk keadaan seperti ini. Gunakan mode manual untuk keseluruhan. Tapi mungkin ada yang kekok nak menggunakan mode manual ini. Tidak mengapa, sedikit tutorial di sini, lepas ini anda pun boleh mencuba sendiri.


Ianya sebenarnya mudah. Bagi tempat yang kurang cahaya ataupun indoor, sudah pastilah kalau majlis penyampaian hadiah ni orang akan setiasa bergerak. Jadi kalau kita letak ISO berapa pun, gambar tetap akan blur. jadi ikut kemampuan ISO kamera anda yang paling tinggi (memang kesan noisenya akan banyak tapi lebih baik daripada takder satu pun gambar yang jadi nanti). Caranya ialah setkan di mode ISO kepada < ISO1600 ataupun yang lebih tinggi lagi. Ada kamera yang boleh samapai ISO 3200 dan ISO6400. Kalau kamera yang mahal, mestilah ada yang lagi tinggi, tapi cerita kita di sini hanya kamera DSLR biasa yang anda miliki.


Selalunya, cara yang terbaik bagi saya ialah menggunakan mode PROGRAM. Kalau kat kamera menggunakan ikon "P". Mode PROGRAM ni lebih mudah kerana segalanya menggunakan setting auto default sesebuah kamera dengan mengikut situasi dan spefikasi. Fokus menggunakan kaedah manual lebih pantas dan mudah kerana apabila kita menekan butang shutter release, kamera akan terus snap gambar tanpa autofokus. Tipsnya ialah kita fokus dulu orang yang nak beri hadiah kerana orang yang nak ambil hadiah mestilah tak naik pentas lagi. Jadi, kita buat anggaran yang pemberi dan penerima hadiah akan berada pada kawasan fokus yang kita agak. Klaau boleh, ambillah gambar seberapa banyak. 


Nanti kalau ada yang tak jadi, masih ada pilihan gambar yang lain. Mesti ada yang jadi! Cakap banyak tak guna, ada je majlis kawin anak sedara, kakak, abang, anak buah, kawan dan sebagainya jangan segan silu menawarkan diri mengambil gambar. Ini sebagai latihan sebelum ambil gambar dalam situasi sebenar yang lebih memerlukan komitmen pada kamera dan anda sertus peratus. Selamat mencuba!

No comments: