Aku seorang cikgu. Fotografi ni sebagai hobi. Apa yang dikesalkan di sini ialah tentang sikap. Sikap seorang jurugambar. Sikap yang aku nak highlight di sini ialah perasaan malu. Pernah aku beri kamera pada student, kemudian suruh dia ambil gambar menteri. Tak mau, malu katanya. Akhirnya, aku la yang kena ambil sorang-sorang. Aku tak tau malu. Tak tau malu untuk belajar adalah satu sikap yang baik. Untuk menjadi seorang jurugambar, sikap malu dalam diri tu kena buang jauh-jauh.
Tak guna beli kamera dan hanya snap 2-3 kali je. Sebab utamanya kerana malu. Cuba bayangkan perkahwinan anda. Orang lain ada album kenangan, tapi anda hanya ada 3 keping gambar je untuk simpanan memori. Jurugambar yang anda upah tu malu nak berhadapan dengan mak bapak, sedara mara dan juga ambil gambar depan orang ramai. Akhirnya, album anda hanya ada gambar tapi takder memori yang boleh disimpan untuk kenangan abadi.
Untuk menghilangkan rasa malu ni ada caranya. Ini tips yang selalu saya buat sendiri. Pergi ambil gambar di tempat yang mempunyai ramai orang. Contohnya seperti pasar ataupun karnival. Buang perasaan malu. Tebalkan muka. Buat seolah-olah anda adalah seorang pelancong luar negara yang baru datang ke Malaysia, ambil gambar untuk kenang-kenangan. Kalau itu pun tak boleh juga, ajak kawan yang ada kamera ramai-ramai buat outing photoshot. Pilih lokasi yang banyak orang. Lama-kelamaan perasaan malu anda sebagai seorang jurufoto akan lenyap.
Sikap kita adalah penting. Janganlah kita malukan diri kalau nak dapatkan kualiti gambar yang terbaik!
|
Gambar ni aku ambil kat pasar Thailand |
|
Gambar ni semasa aku pergi Bangkok |
|
Yang ni pun sama, di Bangkok depan hotel aku menginap. |
|
Yang ni juga di Bangkok, di jualan warehouse. |
|
Gambar ni kalau korang perasan yang selalu masuk paper tu. Yang kena serang tu. Selalu ada banyak polis kalau tengok dalam berita. Pun di Bangkok. |
|
Yang ni kat pergununan Hill Tribe di Thailand. Perkampungan orang Karen. |
|
Yang ni masa pasar pagi di Thailand. |
|
Gambar ni aku lupa kat mana. Tapi tempat ni cantik macam Gua Kelam. Thailand jugak. |
No comments:
Post a Comment