Dalam post-post sebelum ini banyak saya postkan gambar-gambar dalam bentuk HDR. Tapi mesti yang tak tau tertanya-tanya apakah itu HDR? Macamana nak buat HDR? Di sini akan di terangkan sedikit mengenai HDR sebelum kita pergi ke tutorialnya nanti. Kalau tak nanti lagi tak faham kan?
Sebenarnya, mata manusia dan mata lensa lebih kurang sama. Mata manusia tak dapat nampak cahaya yang ada pada sesuatu benda secara dinamik. Kamera pun tak boleh. Namun begitu, denagn menggunakan teknologi pemprosesan komputer segalanya jadi boleh. Tapi kamera sendiri masih tidak mampu memproses gambar dinamik semasa kita shot sesuatu scene secara direct. Jadi, perlu juga menggunakan kaedah manual. Kaedah untuk penghasilan imej secara dinamik ini dinamakan 'High Dynamic Range Image' atau singkatannya disebut 'HDR'. Teknik ini menggabungkan sekurang-kurangnya tiga imej yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara terang dan gelap.
HDR pertama kali diperkenalkan antara tahun 1930 hingga 1940 oleh Charles Wykoff. Beliau telah menghasilkan foto terperinci letupan nuklear yang telah berlaku pada awal tahun 1940an dan karyanya telah dijadikan muka depan majalah LIFE.
Proses penghasilan HDR ketika awal pengenalannya memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan kerana prosesnya agak rumit, lebih-lebih lagi teknologi di waktu itu masih terlalu jauh berbanding ketika ini. Berbeza di zaman ini, proses penghasilannya telah dipermudahkan beratus kali ganda. Penciptaan pelbagai perisian untuk menghasilkan HDR telah memendekkan penghasilannya sehingga tahap kurang dari lima belas (15) minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.
Kemunculan semula HDR dalam era digital kini sebenarnya telah menyelamatkan banyak imej yang selama ini dikategorikan sebagai rosak atau 'reject' kerana sebab-sebab yang berbagai. Imej pemandangan yang diambil antara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang misalnya, adalah dianggap tidak sesuai dipamerkan. Kini, ada kaedah untuk memperbetulkannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut..... akan datangg.....
No comments:
Post a Comment