Mengambil gambar kanak-kanak sebenarnya perlukan kesabaran dan psikologi. Kanak-kanak suka bermain dan berkawan. Cuba ambil hati mereka dengan bercakap dan bertegur sapa dengan mereka. Tanyalah apa-apa yang boleh membuatkan mereka rasa mesra dan tidak akan kekok pada anda. Tanya nama, sapa yang berlaku di sekolah atau paling mudah dan senang berborak dengan mereka tentang cerita-cerita kartun yang popular masakini contohnya Wonderpet ataupun Ben 10. Kanak-kanak akan mesra dan berani apabila minat mereka diketahui oleh kita. Mereka akan rasa yang kita ini adalah orang baik dan hampir dengan mereka macam pakcik dan makcik mereka. Kemudian, barulah pasang strategi. Ambil gambar orang yang mereka rapat dan mesra. Contohnya kalau di sekolah, cikgu mereka. Kalau di rumah, ibu bapa mereka. Lepas tu tunjukkan gambar tu pada mereka.
Kemudian ambil gambar kawan-kawan mereka dan tunjukkan juga hasil tu pada mereka. Lepas tu tak payah susah-susah, berebut-rebut mereka nak kita ambil gambar mereka. Masa ni ambillah peluang untuk menyuruh mereka posing dan sebagainya. Ambil gambar banyak-banyak. Takut ada yang tak jadi. Untuk satu pose tu shotlah banyak kali. Kalau mereka aktif dan tak boleh duduk diam, disarankan menggunakan flash. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada gambar menjadi kabur.
Saya paling seronok mengambil gambar semasa hari sukan tadika anak. Pelbagai aksi dan telatah mereka dapat kita rakamkan. Kesimpulannya, mengambil gambar kanak-kanak sebenarnya tidaklah sesusah yang anda sangkakan kalau kena caranya. Di sini saya tunjukkan contoh beberapa gambar anak-anak saya yang telah saya shot.
No comments:
Post a Comment