Kamera moden merupakan alatan yang sofisikated dengan kualiti optik yang tinggi dan satu bongkah litar elektrik. Ia perlu disimpan dengan bersih, kering dan tidak berhabuk, ini membolehkan ia memberi hasil yang sebaik mungkin. Sebutir pasir di dalam badan kamera dapat merosakkan laras lensa apabila ianya dilaraskan ke hadapan dan ke belakang. Ia perlu dijaga dengan teliti, untuk menghalang dari kemasukkan pasir ke dalam kamera, kebiasaanya sewaktu di pantai. Simpan kamera dalam beg kamera bertutup dan hanya dikeluarkan sewaktu ingin menggunakannya.
Salah satu risiko yang paling mencabar adalah air garam dan sebarang langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan dari percikan air garam. Semua permukaan luar perlu dilingkup ke bawah jika anda bekerja di kawasan yang bergaram. Permukaan lensa terutamanya, sangat mudah terdedah pada bahaya. Letakkan skylight filter di depan lensa kamera setiap masa untuk melindungi lensa dari kekotoran dan calar. Menggantikan skylight filter jauh lebih murah daripada membeli lensa kamera yang baru.
Membersihkan Kamera
Di bahagian depan elemen lensa memerlukan ianya dibersihkan. Buang sebarang habuk dengan menggunakan berus blower atau semburan udara sebelum menggunakan kain atau tisu istimewa untuk membersih lensa. Apabila menggunakan berus blower di dalam kamera. Pegang kamera dalam keadaan terbalik, ini membolehkan banyak kekotoran keluar.
Guna berus yang lembut, seperti berus gigi, untuk mengeluarkan kekotoran daripada permukaan luar kamera. Jangan pulak pi basuh dengan air. Berus kering saja ye....
Melindungi Kamera Dari Hujan
Masukkan kamera ke dalam plastik, letakkan getah pengikat di sekeliling lensa. Jangan mengambil gambar melalui plastik, tetapi buatkan satu lubang untuk membolehkan lensa melihat melalui plastik tersebut.
Alatan Membersih Yang Asas
Mengandungi berus blower, kapas, tisu pembersih lensa dan bendalir pembersih lensa, berus gigi yang lembut untuk mengeluarkan kekotoran dari sudut yang sukar dibersihkan.
No comments:
Post a Comment