Pengikut

Wednesday, August 25, 2010

Hasil Kerja Seni Videografi yang aku Respek

Baru-baru ni tak tau pasal apa aku tertarik dengan videografi. Terutamanya hasil-hasil kerja daripada The Media Hustler iaitu daripada kerja-kerja saudara Ghaz. Aku tertarik cara dia shot satu-satu scene. Alhamdulillah negara kita ada lagi pelapis-pelapis Adflin Shauki dan juga Yasmin Ahmad. Ghaz dengan cara dia sendiri. Aku tak berani cerita banyak sebab aku tak kenal sangat Ghaz ni. 

Lagi terkejut apabila aku tertengok satu cerita drama bawah arahan dia. Aku layan sampai habis cerita tu, masa tu tak tau lagi sapa pengarahnya. Bila habis keluar credit ada tulis diarahkan oleh saudara Ghaz. Aku terkejut dan cakap "Patut la best!" Cerita drama yang aku maksudkan ialah SANTAU KERAMAT. Apa-apa hal, kerja dan teknik fotografi saudara Ghaz memang aku respek! Teruskan usaha dan satu hari nanti industri filem dan MTV klip Malaysia mesti boleh pergi jauh macam negara-negara maju yang lain. Takder la skeptikal sangat!

Bawah ni aku hidangkan beberapa contoh MTV klip hasil karya saudara Ghaz. MTV klip ni aku dapat daripada ruangan Facebook The Media Hustler. Korang pun boleh tengok klip-klip MTV yang lain kat sana. Jadi, pandai-pandailah korang nilai sendiri. Bagi aku, aku puas hati. Selamat berhibur.


1 comment:

ghaz said...

Assalamualaikum. Terima kasih di atas penulisan anda. Saya amat hargai diatas permerhatian anda pada kerja-kerja saya. kerja kreatif videografi ni bukannya hasil dari saya seorang sahaja. Ia adalah hasil kerja dari gabungan team-team yang komited dan passionate dengan kerja mereka. Tanpa mereka (The Huslterian) tak akan terhasilnya kerja-kerja yang orang anggap baik itu. Dan tanpa sokongan dari orang-orang seperti kamu yang inginkan pembaharuan dan kemajuan dalam industri kita, serta berfikiran terbuka, saya tak ke mana. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih!

Salam.
Ghaz