Pengikut

Tuesday, August 31, 2010

Teknik Fotografi Kreatif dalam Iklan Samsung LED 3D

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan iklan tv LED 3D Samsung yang amat mengujakan. Teknik fotografinya memang buat aku ternganga mulut. Atas usaha keras Samsung dan pereka iklannya, Hasillah satu karya seni yang bagi aku cukup kreatif abad ini. Di bawah ni aku lampirkan 2 press ad dan satu HDTv commercial ad buat penilaian korang semua. Aku bukan nak jek Samsung tapi aku hargai hasil kerja dan seni fotografi mereka. Idea yang mereka sumbangkan untuk kempen tv ni memang mengujakan. Tahniah! Samsung.


Press Ad





Fotografi Dalam Air (Underwater Photography) oleh Anatoly Beloshchin

Anatoly Beloshchin adalah seorang penyelam dan jurugambar fotografi dalam air yang kreatif. Saya adalah salah seorang kipasusahmati yang juga turut mengagumi kerja-kerja beliau. Antara karya fotografi beliau yang terkini yang menjadi bualan hangat sekitar dunia ialah fotografi di dalan sungai Mexico (Underwater River). Fotografi ini mengambarkan ada sungai lain di dalam sebuah sungai. Di sini saya lampirkan beberapa karya beliau untuk tatapan anda semua.

.

53 Tahun Kemerdekaan

Setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.

Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).


Hari Kemerdekaan

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 53 hari ni. Di sini aku hidangkan beberapa gambar sempena Pelancaran Kempen Jalur Gemilang yang telah diadakan baru-baru ini di Stadium Utama Perlis. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

.

Monday, August 30, 2010

Apa itu Exposure?

Exposure (dedahan) merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem. Kamera mengawal jumlah cahaya dalam dua cara melalui jumlah masa shutter di buka dan melalui saiz aperture pada lensa.menyebabkan esposure yang sama dapat diperolehi daripada pelbagai kombinasi  shutter speed dan aperture. Memberi filem anda exposure yang tepat pada dasarnya memberi hasil yang menarik untuk imej yang dirakamkan tetapi persoalannya ialah, apakah exposure yang tepat untuk sesuatu babak? Untuk kebanyakan subjek, jawapannya adalah mudah dan jelas terdapat di dalam gambar yang diambil.   Exposure yang tepat merupakan pendapat dan pilihan masing-masing.


Asas Penjagaan Kamera

Kamera moden merupakan alatan yang sofisikated dengan kualiti optik yang tinggi dan satu bongkah litar elektrik.  Ia perlu disimpan dengan bersih, kering dan tidak berhabuk, ini membolehkan ia memberi hasil yang sebaik mungkin.  Sebutir pasir di dalam badan kamera dapat merosakkan laras lensa apabila ianya dilaraskan  ke hadapan dan ke belakang. Ia perlu dijaga dengan teliti, untuk menghalang dari kemasukkan pasir ke dalam kamera, kebiasaanya sewaktu di pantai.  Simpan kamera dalam beg kamera bertutup dan hanya dikeluarkan sewaktu ingin menggunakannya.

Salah satu risiko yang paling mencabar adalah air garam dan sebarang langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkan dari percikan air garam.  Semua permukaan luar perlu dilingkup ke bawah jika anda bekerja di kawasan yang bergaram.  Permukaan lensa terutamanya, sangat mudah terdedah pada bahaya. Letakkan skylight filter di depan lensa kamera setiap masa untuk melindungi lensa dari kekotoran dan calar.  Menggantikan skylight filter jauh lebih murah daripada membeli lensa kamera yang baru.



Fotografi Hitam Putih

Sekarang ni jarang dah ada orang nak tangkap guna format hitam putih. Dalam ni aku akan kongsikan satu tips menarik untuk menggalakkan anda semua untuk mengembalikan fotografi hitam putih ini. Dalam keadaan yang tak cukup cahaya ataupun samar, cuba gunakan kaedah hitam putih. Gambar yang kurang kontrast ini kemudiannya boleh ditouch-up semula nanti dengan menggunakan perisian seperti Photoshop Lightroom.

Kalau anda mempunyai atuk/nenek yang berumur, cuba ambil gambar potret mukanya yang berkedut dengan kaedah hitam dan putih. Gambar tekstur pada akar dan juga kulit pokok juga amat sesuai dengan teknik ini. Akhir sekali, apa kata anda ambil gambar apa sahaja yang anda rasa sesuai yang mempunyai nilai-nilai estetik dan nostalgianya tersendiri. Di bawah ini saya lampirkan beberapa gambar yang telah sempat saya rakamkan baru-baru ini dengan menggunakan teknik fotografi hitam putih.

.

Friday, August 27, 2010

Terbukti Planet Marikh Nampak!

Jumaat, 27 Ogos. Planet Marikh boleh kelihatan daripada bumi kerana lebih terang sama macam Bulan. Bulan pun lebih terang daripada biasa kerana Matahari dipantulakan daripada permukaan Marikh.Tapi takderlah nampak sebesar bulan. Nampak titik halus je. Boleh nak nampak besar kalau ada teleskop. Tapi, cikgu cabuk macam saya ni mana la ada teleskop. Beli lens pun hutang.

Di sini di sertakan sekali gambar bulan dan planet Marikh yang kelihatan 12.30 tghmalam tadi. Tak nampak sangat macam ada dua bulan. tapi sapa yang ada teleskop mungkin boleh nampak macam dua bulan. Subahanallah, ini semua kuasa Allah! Selamat menghayati gambar-gambar yang dah saya snap ni....


Thursday, August 26, 2010

Malam ni bulan ada dua?

Apa kabar semua, kepada jurugambar-jurugambar semua. Inilah masanya untuk bersiap-sedia. Aku baru mendapat sms daripada seorang rakan sekolah (Mrs.Yati). Katanya, malam ini pada jam sekitar 12.30 tghmalam, planet Marikh akan berada berdekatan dengan Bumi. Jadi, kita akan nampak seolah-olah ada dua bulan. Bila ditanya di mana, rakan ku memberitahu di Malaysia pun boleh nampak.

Jadi apa lagi, capai kamera dan bersedia. Sekurang-kurangnya kalau takder pun kita dah bersedia. Nak buat macam mana kalau tak nampak? Tapi kalau nampak, apa lagi ambil la gambar banyak-banyak. Fenomena ni akan berlaku lagi pada tahun 2287 Masihi. Kalau korang masih hidup lagi time tu ok la. Tapi kalau rase tak boleh hidup time tu, malam ni la pengalaman korang dapat tengok dan bergambar sekali seumur hidup. Jadi, korang fikirklah sendiri. Lagi satu, pastikan bateri kamera tu penuh....dan memori kad dah tersedia dalam kamera. Takut nanti menyesal tak dapat ambil gambar.

P/S: Kalau malam ni takder dua bulan, korang jangan la hentam aku esok dalam blog ni pasal esok aku cutiii daripada berblogging (kalau bulan tak muncul la!)...hehehehe.

Model Photoshot

Kali ni aku nak tunjukkan beberapa contoh gambar yang di ambil bersama model-model jemputan. Bulan puasa ni rasenya lebih elok aku ambil model yang tidak akan mengeringkan modal puasa anda. Jadi, aku gunakan model kanak-kanak je la. Lagipun mudah nak dapatkan model ni. Anak aku je... Tapi seksa jugak nak suruh diorang posing. Akhirnya, inilah hasilnya untuk tatapan korang semua. Harap korang suka. Kalau tak suka pun  nak buat macamana, bulan puasa. Kena cover la sikit. Hehehehe!

.

Masalah Kamera

Hem, baru-baru ni seorang anak murid aku datang berjumpa dengan aku. Ada masalah kamera katanya. Kamera dia bila on je dia off balik. Pastu on lagi, off balik. Bateri dah cas penuh dah. Tak pernah jatuh pun katanya. Baru je pakai setahun. Aku bagi cadangan yang paling mudah untuk dia buat keputusan. Beli baru!. Kalau repair pun makan 2-3 ratus ringgit juga. Aku pun pernah jadi macam tu. Hantar kedai. Terkejut aku time nak ambil balik kamera tu. Kena RM 480. Kamera digital 3.0 megapiksel kompak je. Kalau aku tau, baik aku beli baru. Dengan harga tu aku boleh dapat kamera 10.0 megapiksel. Baru pulak! Tapi nak buat macamana, kedai tu dah hantar repair kat service centre pembuat kamera tu. Bayar je la! 

Jadi, aku tak mau kerugian ni ditanggung juga oleh anak murid aku. Sebab tu aku nasihat dia beli baru je. Korang setuju tak cara aku? Sebenarnya, kamera ni nasib jugak. Kalau beli yang ada problem, mana kita tau. Dah pakai setahun baru nampak problem tu. Waktu tu biasa la, warranty pun dah habis. Nak tak nak beli baru la jawabnya.

Untuk informasi korang yang menggunakan kamera DSLR ataupun kompak digital jenis Canon, korang bolehlah check jenis-jenis masalah kamera korang dalam laman web Canon. Ada masalah yang boleh settle tanpa dikenakan charge. Jadi, apa kata pemilik Canon check daripa sekarang. Kalau ada tanda-tanda. Hantar kedai cepat-cepat sementara ada warranty. Di sini aku sertakan laman web untuk korang buat semakan. Canon Digital Camera Failure Notice dan Canon Firmware Update Notice. Kalau korang check version firmware kamera yang korang pakai tu tak sama dengan senarai ni, pergilah update cepat-cepat sebelum jadi masalah  di kemudian hari nanti. Semoga korang berpuas hati dengan informasi yang aku kongsikan bersama.

Persiapan Sebelum Bercuti.

Pejam celik-pejam celik, kita dah nak dekat dengan raya. Cerita pasal raya, mesti ada yang dah buat persiapan. Macam-macam persiapan buat untuk balik ke kampung. Tapi, jangan lupa satu perkara. Kamera. Kalau saya lupa kamera sanggup patah balik ambil. Kalau dah jauh sangat sampai 200km baru nak ingat, sanggup beli kamera digital kompak baru. Sekarang pun dah tak mahal. Apalah yang nak dibezakan duit tu dengan memori yang kita akan simpan sampai ke anak cucu cicit kita nanti. Tak percaya? Cuba kita tengok sekarang ni ramai orang layari facebook, friendster dan cari blog sekolah dahulu. Kenapa? Selalunya, mestilah nak mengungkit kisah lama, kalau dapat gambar lama lagi seronok! 

Ha! kan penting kenangan dan memori silam tu. Yang tak pernah bergambar waktu cikgu suruh turun ambil gambar dulu menyesal seumur hidup. Kawan lain ada gambar dalam facebook, yang dia seolah-olah tak pernah wujud kat sekolah tu. Itulah  pentingnya sesebuah gambar. Pernah ada pepatah inggeris mengatakan "Picture can tell thousand words". Cuba kita lihat suratkhabar. Kalau baca je takder gambar, rasa macam cerita tu tak menarik je. Tapi bila letak satu gambar, (kontroversi pulak!) hah! meletup suratkhabar tu.

Oklah, berbalik kita cerita tentang cuti tadi. Persiapan macamana nak buat untuk kamera. Kalau saya, saya akan bawak lens jenis superzoom. Lensa jenis ini boleh ambil gambar dekat dan jauh hanya dengan menggunakan satu lens sahaja. Jadi, takderlah nak mengangkut banyak beg ke hulu ke hilir. Lepas tu saya akan bawak satu flash dan satu backup bateri standard. Saya lebih suka bawa bateri backup daripada pakai bateri grip pasal jimat space dan dapat kurangkan berat beg saya. Apabila saya masuk hutan pun saya suka gunakan cara ni, lebih mudah nak menyelinap dalam kawasan akar dan pokok-pokok kecil tanpa beg besar.
Flash saya akan guna yang pertengahan. Tak rendah dan tak terlalu tinggi. Lebih baik kalau flash yang ada wireless function.

Di sini saya senaraikan gadget kamera percutian saya:

1.Kamera Canon EOS1000D (Kamera murah tak risau sangat kalau rosak sebab nak tangkap gambar dalam pelbagai situasi dan keadaan. Contohnya, macam nak pergi bercuti di pulau ataupun berkhemah dalam hutan).
2. Lens Tamron AF 18-270mm f/3.5-6.3 Di II VC (Pasal murah dan ringan).
3. Flash Nissin 622 (Murah dan boleh buat macam-macam ikut kreativiti. Bateri tahan lebih lama. Wireless)
4. Bateri tambahan original standard.
5. Beg kamera kalis air.


Semoga informasi ini dapat membantu sebelum anda merancang percutian nanti. Selamat berpuasa.

Apa itu Tilt-Shift?

Tilt-Shift ialah fotografi untuk menangkap gambar secara miniature. Tapi, nak buat tilt-shift ni kena la ada lens tilt-shift. Harganya teramatlah mahal dan tak mampu di miliki. Selalunya penggemar-penggemar benda-benda miniature dan juga jurugambar arkitek memang menggemari fotografi jenis ni. Ini ialah contoh satu lens tilt-shift yang saya ambil dalam dalam web canon (www.canon.com.my).


Tapi, jangan risau kerana walaupun harga lens ni mahal tak semestinya kita tak boleh buat fotografi dengan menggunakan teknik ini. Zaman sekarang macam-macam benda boleh buat. Ada satu software yang boleh menjadikan gambar yang kita ambil daripada kamera digital biasa dan ubahkan gambar tersebut menjadi gambar seolah-olah menggunakan lens tilt-shift. Anda boleh cuba pergi ke laman web ini http://tiltshiftmaker.com/ dan mencubanya sendiri. Yang penting ada minat semua jadi. Selamat mencuba dengan hasil karya fotografi terbaru anda.

P/S: Kalau dah jadi nanti e-maillah kepada saya ( alongtegar79@gmail.com ) supaya boleh saya masukkan ke dalam blog ini untuk dipamerkan di sini. Jangan segan silu, boleh guna nama samaran.

Apa itu HDR (High Dynamic Range)?


Dalam post-post sebelum ini banyak saya postkan gambar-gambar dalam bentuk HDR. Tapi mesti yang tak tau tertanya-tanya apakah itu HDR? Macamana nak buat HDR? Di sini akan di terangkan sedikit mengenai HDR sebelum kita pergi ke tutorialnya nanti. Kalau tak nanti lagi tak faham kan?

Sebenarnya, mata manusia dan mata lensa lebih kurang sama. Mata manusia tak dapat nampak cahaya yang ada pada sesuatu benda secara dinamik. Kamera pun tak boleh. Namun begitu, denagn menggunakan teknologi pemprosesan  komputer segalanya jadi boleh. Tapi kamera sendiri masih tidak mampu memproses gambar dinamik semasa kita shot sesuatu scene secara direct. Jadi, perlu juga menggunakan kaedah manual. Kaedah untuk penghasilan imej secara dinamik ini dinamakan 'High Dynamic Range Image' atau singkatannya disebut 'HDR'. Teknik ini menggabungkan sekurang-kurangnya tiga imej yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara terang dan gelap.

HDR pertama kali diperkenalkan antara tahun 1930 hingga 1940 oleh Charles Wykoff. Beliau telah menghasilkan foto terperinci letupan nuklear yang telah berlaku pada awal tahun 1940an dan karyanya telah dijadikan muka depan majalah LIFE.

Proses penghasilan HDR ketika awal pengenalannya memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan kerana prosesnya agak rumit, lebih-lebih lagi teknologi di waktu itu masih terlalu jauh berbanding ketika ini. Berbeza di zaman ini, proses penghasilannya telah dipermudahkan beratus kali ganda. Penciptaan pelbagai perisian untuk menghasilkan HDR telah memendekkan penghasilannya sehingga tahap kurang dari lima belas (15) minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.

Kemunculan semula HDR dalam era digital kini sebenarnya telah menyelamatkan banyak imej yang selama ini dikategorikan sebagai rosak atau 'reject' kerana sebab-sebab yang berbagai. Imej pemandangan yang diambil antara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang misalnya, adalah dianggap tidak sesuai dipamerkan. Kini, ada kaedah untuk memperbetulkannya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut..... akan datangg.....

Teknik Fotografi 'Low Key'

Adakah anda pernah mendengar perkatan 'Low Key'? Kalau tak pernah mesti anda tertanya-tanya. 'Low key' popular digunakan drama polis semasa scene soal jawab. Waktu tu lampu meja akan di talakan hanya pada pesalah. Itulah contoh  'Low Key'. Nak bagi mudah faham lagi, 'Low Key' ialah teknik 'under exposed'. Cahaya yang kena kepada subjek adalah sedikit manakala kawasan yang gelap adalah lebih menyerlah. Namun begitu 'Low Key' bukanlah under exposed pada keseluruhan gambar yang di ambil tetapi hanya bahagian yang hendak di fokus sahaja. Selalunya, potret hitam putih banyak menggunakan teknik ini.

Anda sendiri boleh mendapatkan mencuba teknik ini. Anda bolehlah mengikut beberapa petua ini:
1) Ambil gambar di kawasan yang ada cahaya matahari masuk melalui hanya satu sahaja tingkap yang terbuka.
2) Untuk keadaan biasa, anda boleh cuba gunakan flash, balutkan flash dengan gulungan kertas hitam  dan tembak flash dari arah  yang dikehendaki. Hasilnya ialah kawasan tertentu sahaja yang kena cahaya dan kawasan lain menjadi gelap. Teknik ini juga dikenali sebagai 'snoot'.

Selamat mencuba!






Wednesday, August 25, 2010

Fotografi Kanak-kanak


Mengambil gambar kanak-kanak sebenarnya perlukan kesabaran dan psikologi. Kanak-kanak suka bermain dan berkawan. Cuba ambil hati mereka dengan bercakap dan bertegur sapa dengan mereka. Tanyalah apa-apa yang boleh membuatkan mereka rasa mesra dan tidak akan kekok pada anda. Tanya nama, sapa yang berlaku di sekolah atau paling mudah dan senang berborak dengan mereka tentang cerita-cerita kartun  yang popular masakini contohnya Wonderpet ataupun Ben 10. Kanak-kanak akan mesra dan berani apabila minat mereka diketahui oleh kita. Mereka akan rasa yang kita ini  adalah orang baik dan hampir dengan mereka macam pakcik dan makcik mereka. Kemudian, barulah pasang strategi. Ambil gambar orang yang mereka rapat dan mesra. Contohnya kalau di sekolah, cikgu mereka. Kalau di rumah, ibu bapa mereka. Lepas tu tunjukkan gambar tu pada mereka. 

Kemudian ambil gambar kawan-kawan mereka dan tunjukkan juga hasil tu pada mereka. Lepas tu tak payah susah-susah, berebut-rebut mereka nak kita ambil gambar mereka. Masa ni ambillah peluang untuk menyuruh mereka posing dan sebagainya. Ambil gambar banyak-banyak. Takut ada yang tak jadi. Untuk satu pose tu shotlah banyak kali. Kalau mereka aktif dan tak boleh duduk diam, disarankan menggunakan flash. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada gambar menjadi kabur.

Saya paling seronok mengambil gambar semasa hari sukan tadika anak. Pelbagai aksi dan telatah mereka dapat kita rakamkan. Kesimpulannya, mengambil gambar kanak-kanak sebenarnya tidaklah sesusah yang anda sangkakan kalau kena caranya. Di sini saya tunjukkan contoh beberapa gambar anak-anak saya yang telah saya shot.

.

Mengambil Gambar Orang Kenamaan

Mengambil gambar orang kenamaan merupakan satu cabaran yang besar. Anda harus tahu bagaimana hendak memulakan langkah. Apatah lagi anda tidak punya pas masuk atau pun tag urusetia apabila sesuatu acara berlangsung. Di sini saya perturunkan beberapa petua yang boleh anda ikuti sekiranya anda ingin merakam VVIP dari dekat.

Jadi, peratam sekali pastikan pakaian anda seboleh-bolehnya menepati bagi acara rasmi. Lagi baik kalau anda ada memakai vest jurugambar. Lagipun, vest jurugambar sekarang mudah di dapati dan harganya agak berpatutan. Paling mustahak ialah anda mestilah memakai kasut. Kemudian, apabila tiba di lokasi cuba berada dalam kelompok jurugambar-jurugambar yang lain. Lagi ramai kelompok tu lagi bagus supaya orang tak berapa perasan. Anada sekarang dah nampak macam seorang jurugambar profesional.



Bila mengambil gambar VVIP tersebut, pastikan anda dapat mengambilnya pada saat yang betul. Waktu  ini kepekaan anda adalah penting. Misalnya, mengambil ketika wajah dalam keadaan yang ceria. Kalau boleh cuba mengambil gambar daripada sudut yang pelbagai. Lagi baik kalau anda mengambil gambar dengan banyak. Jangan risau, kamera DSLR menggunakan kad memori yang membolehkan kita buang balik gambar yang kita tak berapa berkenan. Tak rugi apa-apa. Bila nak cuci gambar nanti, pilihlah gambar yang paling kita puas hati, selebihnya simpan dalam storan hardisk komputer kita. Kalau banyak gambar yang elok, jangan delete kerana mungkin satu hari nanti kita akan memerlukannya. 

Jadi, apa lagi ada je majlis kat tempat anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba mengambil gambar VVIP sebagai seorang jurugambar yang nampak macam profesional (alah orang bukannya tau pun!).

Di bawah ini saya lampirkan beberapa gambar orang-orang kenamaan yang sudah saya ambil.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Macamana nak tangkap gambar dalam keadaan kalut.?

Situasi ini memang selalu berlaku pada sapa-sapa saja yang nak ambil gambar. Kalut ataupun sedap sikit "rushing". Mana taknya, baru je lepas ambil gambar persamian tadi, tiba-tiba ada pulak upacara pemberian hadiah. Yang bagi hadiah pulak VVIP. Kalau tak rushing, mau blur semua gambar. Sebab gambar ni semualah yang paling utama. Tambah lagi kalau VVIP tu Menteri ke, orang kenamaan ke, tak pun orang yang paling penting dalam majlis tu. Jadi, apakah cara terbaik mengambil gambar pada waktu ini?


Sebenarnya ianya lebih mengikut kepada keadaan dan situasi. Selalunya, kalau fotografi outdoor lebih mudah daripada fotografi dalam bangunan tertutup macam dewan. Kalau outdoor tu siang, kamera bolehlah dilaraskan kepada mode auto keseluruhan. Ini kerana dalam cuaca yang cerah, kamera tiada masalah untuk fokus dalam keadaan yang pantas untuk satu-satu proses yang kita "rushing". Contohnya upacara pemberian hadiah yang tak sempat la kita nak fokus manual sorang-sorang yang ambil hadiah atas pentas tu pasal dah terlalu ramai dan kerap orang dok turun naik pentas.


Tapi kalau situasinya malam ataupun indoor, memamng ini satu cabaran. Cara yang terbaik ialah dengan menukarkan lens yang lebih sensitif pada cahaya. Memang tak disangkalkan lens jenis ini mahal harganya. Tapi ianya berbaloi dengan kemampuan yang mampu dilakukan oleh lens tersebut dalam situasi sebegini.
Tapi kita bukan jurugambar orang kawin nak beli lens mahal-mahal ni? Ok, itu satu persoalan yang baik. Sekarang ni kita hanyalah amatur dengan kemampuan kamera yang kita ada. Macamana?


Tips saya mudah. Untuk keadaan seperti ini. Gunakan mode manual untuk keseluruhan. Tapi mungkin ada yang kekok nak menggunakan mode manual ini. Tidak mengapa, sedikit tutorial di sini, lepas ini anda pun boleh mencuba sendiri.


Ianya sebenarnya mudah. Bagi tempat yang kurang cahaya ataupun indoor, sudah pastilah kalau majlis penyampaian hadiah ni orang akan setiasa bergerak. Jadi kalau kita letak ISO berapa pun, gambar tetap akan blur. jadi ikut kemampuan ISO kamera anda yang paling tinggi (memang kesan noisenya akan banyak tapi lebih baik daripada takder satu pun gambar yang jadi nanti). Caranya ialah setkan di mode ISO kepada < ISO1600 ataupun yang lebih tinggi lagi. Ada kamera yang boleh samapai ISO 3200 dan ISO6400. Kalau kamera yang mahal, mestilah ada yang lagi tinggi, tapi cerita kita di sini hanya kamera DSLR biasa yang anda miliki.


Selalunya, cara yang terbaik bagi saya ialah menggunakan mode PROGRAM. Kalau kat kamera menggunakan ikon "P". Mode PROGRAM ni lebih mudah kerana segalanya menggunakan setting auto default sesebuah kamera dengan mengikut situasi dan spefikasi. Fokus menggunakan kaedah manual lebih pantas dan mudah kerana apabila kita menekan butang shutter release, kamera akan terus snap gambar tanpa autofokus. Tipsnya ialah kita fokus dulu orang yang nak beri hadiah kerana orang yang nak ambil hadiah mestilah tak naik pentas lagi. Jadi, kita buat anggaran yang pemberi dan penerima hadiah akan berada pada kawasan fokus yang kita agak. Klaau boleh, ambillah gambar seberapa banyak. 


Nanti kalau ada yang tak jadi, masih ada pilihan gambar yang lain. Mesti ada yang jadi! Cakap banyak tak guna, ada je majlis kawin anak sedara, kakak, abang, anak buah, kawan dan sebagainya jangan segan silu menawarkan diri mengambil gambar. Ini sebagai latihan sebelum ambil gambar dalam situasi sebenar yang lebih memerlukan komitmen pada kamera dan anda sertus peratus. Selamat mencuba!

Lagi satu antara karya MTV Saudara Ghaz.



 
"Aku Jatuh Cinta" Liyana Jasmay (OST Duhai Si Pari Pari) HD Music Video

Hasil Kerja Seni Videografi yang aku Respek

Baru-baru ni tak tau pasal apa aku tertarik dengan videografi. Terutamanya hasil-hasil kerja daripada The Media Hustler iaitu daripada kerja-kerja saudara Ghaz. Aku tertarik cara dia shot satu-satu scene. Alhamdulillah negara kita ada lagi pelapis-pelapis Adflin Shauki dan juga Yasmin Ahmad. Ghaz dengan cara dia sendiri. Aku tak berani cerita banyak sebab aku tak kenal sangat Ghaz ni. 

Lagi terkejut apabila aku tertengok satu cerita drama bawah arahan dia. Aku layan sampai habis cerita tu, masa tu tak tau lagi sapa pengarahnya. Bila habis keluar credit ada tulis diarahkan oleh saudara Ghaz. Aku terkejut dan cakap "Patut la best!" Cerita drama yang aku maksudkan ialah SANTAU KERAMAT. Apa-apa hal, kerja dan teknik fotografi saudara Ghaz memang aku respek! Teruskan usaha dan satu hari nanti industri filem dan MTV klip Malaysia mesti boleh pergi jauh macam negara-negara maju yang lain. Takder la skeptikal sangat!

Bawah ni aku hidangkan beberapa contoh MTV klip hasil karya saudara Ghaz. MTV klip ni aku dapat daripada ruangan Facebook The Media Hustler. Korang pun boleh tengok klip-klip MTV yang lain kat sana. Jadi, pandai-pandailah korang nilai sendiri. Bagi aku, aku puas hati. Selamat berhibur.


Tuesday, August 24, 2010

Fotografi Makro Dengan Kit Lens

Pernah dengar tak fotografi makro? Kalau kat kamera digital tu, ada ikon macam bunga ros kat button, itulah setting untuk makro. Apa guna makro ni. Makro ni ialah benda-benda kecil dan halus. Kalau guna setting biasa, kamera akan out of fokus sebab objek yang kita nak shoot tu dekat sangat. Tapi bila kita ubah kepada setting makro, barulah gambar boleh clear dan menakjubkan hasilnya.



.
.
.
.
.
.

Sikap Sebagai Seorang Jurugambar


Aku seorang cikgu. Fotografi ni sebagai hobi. Apa yang dikesalkan di sini ialah tentang sikap. Sikap seorang jurugambar. Sikap yang aku nak highlight di sini ialah perasaan malu. Pernah aku beri kamera pada student, kemudian suruh dia ambil gambar menteri. Tak mau, malu katanya. Akhirnya, aku la yang kena ambil sorang-sorang. Aku tak tau malu. Tak tau malu untuk belajar adalah satu sikap yang baik. Untuk menjadi seorang jurugambar, sikap malu dalam diri tu kena buang jauh-jauh. 

Tak guna beli kamera dan hanya snap 2-3 kali je. Sebab utamanya kerana malu. Cuba bayangkan perkahwinan anda. Orang lain ada album kenangan, tapi anda hanya ada 3 keping gambar je untuk simpanan memori. Jurugambar yang anda upah tu malu nak berhadapan dengan mak bapak, sedara mara dan juga ambil gambar depan orang ramai. Akhirnya, album anda hanya ada gambar tapi takder memori yang boleh disimpan untuk kenangan abadi.

Untuk menghilangkan rasa malu ni ada caranya. Ini tips yang selalu saya buat sendiri. Pergi ambil gambar di tempat yang mempunyai ramai orang. Contohnya seperti pasar ataupun karnival. Buang perasaan malu. Tebalkan muka. Buat seolah-olah anda adalah seorang pelancong luar negara yang baru datang ke Malaysia, ambil gambar untuk kenang-kenangan. Kalau itu pun tak boleh juga, ajak kawan yang ada kamera ramai-ramai buat outing photoshot. Pilih lokasi yang banyak orang. Lama-kelamaan perasaan malu anda sebagai seorang jurufoto akan lenyap. 

Sikap kita adalah penting. Janganlah kita malukan diri kalau nak dapatkan kualiti gambar yang terbaik!

Gambar ni aku ambil kat pasar Thailand
Gambar ni semasa aku pergi Bangkok
Yang ni pun sama, di Bangkok depan hotel aku menginap.
Yang ni juga di Bangkok, di jualan warehouse.
Gambar ni kalau korang perasan yang selalu masuk paper tu. Yang kena serang tu. Selalu ada banyak polis kalau tengok dalam berita. Pun di Bangkok.
Yang ni kat pergununan Hill Tribe di Thailand. Perkampungan orang Karen.
Yang ni masa pasar pagi di Thailand.
Gambar ni aku lupa kat mana. Tapi tempat ni cantik macam Gua Kelam. Thailand jugak.

Jengkaut pun nak HDR?

Ni aku time boring. tapi tengok efek awan dan karat kat jengkaut tu terus jatuh hati. Apa korang nak komen, komen la. Yang penting aku suka jengkaut ni. Ada nilai jalinan. 

Aku suka tengok efek jeriji depan tu. Kalau korang tak percaya klik gambar ni dan zoomkan.
Yang ni aku berkenan kat awannya.
Yang ni pokok kat belakang tu.
Iskh. Efek tar yang melekat tu....
Yang ni tak tau.tayar kot.hehehe

Best ke pakai telefoto?

Hemm... ni lagi satu gadget yang mengeringkan pendapatan bulanan kita (kalau kerja dengan company yang bagi gaji bulanan la!). Penting sangat ke telefoto ni? Oh ya, sebelum tu, apa tu telefoto? Kat sini aku akan terangkan dengan hanya menggunakan bahasa kampung je. Bahasa yang korang tak payah pening kepala nak fikir istilah-istilah bombastik dalam fotografi ni. Telefoto ni lens yang panjang dan boleh fokus dengan jarak jauh. Ha, kan senang faham tu. Jadi, kalau korang dok kat jarak 10 meter pun kalau stakat 300mm punya lens telefoto tu, mainan biasa je!

Ok, kat luar sana memcam jenis lens telefoto ada. Tapi di sini tak payah la aku nak cerita bab kaca apa di guna, aperture apa dia support, jarak cammana dia boleh langkau. Aku cerita bab mudah je. Lens telefoto yang boleh tangkap gambar jauh. Post lepas ni baru kita cerita detail lagi kalau korang dah betul-betul faham nanti.

Jadi, bila jarak zoom yang kita boleh tangkap tu lagi jauh. Gambar yang jauh pun boleh jadi dekat. Tapi yang bestnya bukan itu saja, ada yang boleh dilakukan pada lens telefoto tapi tak boleh melalui kit lens biasa. Apadia? Ha....itu kita namakan depth of field ataupun dalam bahasa kampungnya kadar banding. Kadar banding ni mudah je, kalau korang fokus jarak jauh yang depan blur, kalau korang fokus jarak dekat yang belakang blur, kalau korang fokus kat tengah depan dan belakang blur. Yang blur ni pulak kita panggil bokeh. Bahasa kampungnya ialah kabur. Jadi, efek gambar kita akan lebih cantik dan terfokus dengan baik. Kit lens bukan tak boleh buat, tapi hasil bokehnya tak la sekabur lens telefoto.

Lagi satu kegunaan telefoto ni adalah untuk memfokus benda yang jauh jadi clear. Contohnya, telefoto yang boleh buat makro. Iskh! apa pulak makro? Bukan pasaraya makro tu. Makro ni ialah gambar halus yang diambil dengan jarak dekat (walaupun kita duduk jauh kalau pakai telefoto). Contohnya gambar burung, semut, labah-labah dan serangga-serangga kecil yang lain. Kalau nak sebut semua kat sini satu post ni boleh panjang giler. Takut tak larat nak scroll mouse tu la pulak nanti.

 Kesimpulannya, lens telefoto ni mmg bagus untuk sesiapa yang malas untuk berlari ke sana ke mari di samping mendapat kualiti gambar yang cantik dengan kesan blur pada objek yang tidak difokus. Amat sesuai kepada penggemar-penggemar burung yang saiz ketinggian pokok tu terlalu tinggi dan kalau panjat mengambil risiko yang tinggi. Kenapa nak panjat, gunakanlah lens telefoto! hehehehe!

Kat bawah ni aku tunjukkan beberapa koleksi gambar yang menggunakan lens telefoto yang aku ada. Takder la elok sangat. Tapi boleh la setakat nak di jadikan sebagai contoh buat korang faham je...


Aku fokus kat tengah. depan dan belakang blur.
Ni pun sama
Aku fokus depan, belakang jadi bokeh.

Camna nak kreatif? Flash pun tak beli lagi ni......

Emmm... post sebelum ni aku ada mengatakan bahawa manusia kreatif ni boleh jadi kreatif dengan bahan apa yang ada depan mata dia je. Dengan kit lens pun dah boleh jadi kreatif. Yang penting cara kita menyusun komposisi gambar dan teknik. Lagi tinggi imaginasi, lagi power la hasilnya. Di sini aku tunjukkan beberapa gambar yang masih belum diedit dengan mana-mana perisian fotografi. Yang penting, hasilnya hanyalah menggunakan kit len yang dapat sekali waktu beli kamera. Tak payah nak perabis duit beli lens mahal-mahal (buat masa ni la, kalau dah addict nanti, harga lens sebijik kereta pun korang sanggup beli!)


Gambar ni telah di shoot oleh aku menggunakan kamera adik ipar aku D80 menggunakan kit lens
Gambar ni di shoot oleh adik ipar aku. Guna built in flash. Macam fairy tale la pulak!
Gambar ni di shoot oleh rakan baikku Mr. Zaidi semasa kami menjelajah Taman Negara tahun lepas.
Gambar ni di shootkan oleh rakan baikku juga Mrs. Rafyza semasa lawatannya ke Songkla baru-baru ni.
Gambar ni pun di shoot oleh Mrs. Rafyza. Sama macam gambar atas cuma masa je yang tak sama. 
 Gambar ni aku baru ambil semasa Perasmian Kibarkan Jalur Gemilang kat Stadium Perlis baru-baru ni.