Pengikut

Thursday, August 26, 2010

Persiapan Sebelum Bercuti.

Pejam celik-pejam celik, kita dah nak dekat dengan raya. Cerita pasal raya, mesti ada yang dah buat persiapan. Macam-macam persiapan buat untuk balik ke kampung. Tapi, jangan lupa satu perkara. Kamera. Kalau saya lupa kamera sanggup patah balik ambil. Kalau dah jauh sangat sampai 200km baru nak ingat, sanggup beli kamera digital kompak baru. Sekarang pun dah tak mahal. Apalah yang nak dibezakan duit tu dengan memori yang kita akan simpan sampai ke anak cucu cicit kita nanti. Tak percaya? Cuba kita tengok sekarang ni ramai orang layari facebook, friendster dan cari blog sekolah dahulu. Kenapa? Selalunya, mestilah nak mengungkit kisah lama, kalau dapat gambar lama lagi seronok! 

Ha! kan penting kenangan dan memori silam tu. Yang tak pernah bergambar waktu cikgu suruh turun ambil gambar dulu menyesal seumur hidup. Kawan lain ada gambar dalam facebook, yang dia seolah-olah tak pernah wujud kat sekolah tu. Itulah  pentingnya sesebuah gambar. Pernah ada pepatah inggeris mengatakan "Picture can tell thousand words". Cuba kita lihat suratkhabar. Kalau baca je takder gambar, rasa macam cerita tu tak menarik je. Tapi bila letak satu gambar, (kontroversi pulak!) hah! meletup suratkhabar tu.

Oklah, berbalik kita cerita tentang cuti tadi. Persiapan macamana nak buat untuk kamera. Kalau saya, saya akan bawak lens jenis superzoom. Lensa jenis ini boleh ambil gambar dekat dan jauh hanya dengan menggunakan satu lens sahaja. Jadi, takderlah nak mengangkut banyak beg ke hulu ke hilir. Lepas tu saya akan bawak satu flash dan satu backup bateri standard. Saya lebih suka bawa bateri backup daripada pakai bateri grip pasal jimat space dan dapat kurangkan berat beg saya. Apabila saya masuk hutan pun saya suka gunakan cara ni, lebih mudah nak menyelinap dalam kawasan akar dan pokok-pokok kecil tanpa beg besar.
Flash saya akan guna yang pertengahan. Tak rendah dan tak terlalu tinggi. Lebih baik kalau flash yang ada wireless function.

Di sini saya senaraikan gadget kamera percutian saya:

1.Kamera Canon EOS1000D (Kamera murah tak risau sangat kalau rosak sebab nak tangkap gambar dalam pelbagai situasi dan keadaan. Contohnya, macam nak pergi bercuti di pulau ataupun berkhemah dalam hutan).
2. Lens Tamron AF 18-270mm f/3.5-6.3 Di II VC (Pasal murah dan ringan).
3. Flash Nissin 622 (Murah dan boleh buat macam-macam ikut kreativiti. Bateri tahan lebih lama. Wireless)
4. Bateri tambahan original standard.
5. Beg kamera kalis air.


Semoga informasi ini dapat membantu sebelum anda merancang percutian nanti. Selamat berpuasa.

No comments: