Pengikut

Monday, August 23, 2010

Hobi Yang Menyeronokkan dan Menyakitkan...

Mesti kat luar sana ada yang baru bercadang nak beli digital kamera kan? Tak pun dah pun memiliki digital kamera. Masalahnya sekarang...bukan semua orang reti nak guna. Iyalah, menu dalam tu terlampaulah banyak sampai ada perkataan-perkataan dan masalah yang kita tak faham. Itulah guna saya membina blog ini. Untuk berkongsi pendapat, masalah dan idea baru.

Yang belum ada kamera, bolehlah gunakan maklumat yang akan disampaikan disini untuk membuat penilaian sendiri apabila nak membeli  nanti. Kalau yang dah tak sabar nak beli, tuliskan diruangan komen supaya saya boleh memberikan pendapat peribadi atas pengalaman dengan segera.

Memang susah buat perbandingan kalau tak tanya orang yang dah biasa pakai. Sebab tu, maklumat perkongsian itu penting. Dari itu, sama-samalah kita memeriahkan lagi blog ini untuk tujuan menambahkan ilmu tentang hobi kita disamping mendapat rakan-rakan baru dalam dunia yang penuh menyakitkan ini. (mana taknya....kering poket seluar ni nak membeli segala-mala perkakasan fotografi ni!) Tapi nak buat macamana, gila punya pasal.

Lagi satu... untuk pengetahuan semua, blog ini akan ditulis dalam 2 bahasa (melayu dan inggeris) Biasa la akan, kadang-kadang ada terma-terma yang digunakan tak sedapa dalam bahasa melayu. Contohnya aperture (sedap lagi aperture dalam istilah fotografi daripada bahasa melayunya : bukaan). Insyaallah kalau tak faham tu, kalau minta tulis semula dalam bahasa melayu pun boleh... tapi, kalau asyik tengok drama inggeris dengan subtitle bila nak pandai kan. Pikir-pikir la sendiri. Apa-apa hal, jangan lupa komen dan tinggalkan jejak anda dalam blog ini. bye.

No comments: