Pengikut

Monday, August 30, 2010

Apa itu Exposure?

Exposure (dedahan) merupakan jumlah cahaya yang diterima oleh filem. Kamera mengawal jumlah cahaya dalam dua cara melalui jumlah masa shutter di buka dan melalui saiz aperture pada lensa.menyebabkan esposure yang sama dapat diperolehi daripada pelbagai kombinasi  shutter speed dan aperture. Memberi filem anda exposure yang tepat pada dasarnya memberi hasil yang menarik untuk imej yang dirakamkan tetapi persoalannya ialah, apakah exposure yang tepat untuk sesuatu babak? Untuk kebanyakan subjek, jawapannya adalah mudah dan jelas terdapat di dalam gambar yang diambil.   Exposure yang tepat merupakan pendapat dan pilihan masing-masing.




Menganggar Exposure

Semua kamera moden 35mm SLR dan yang berformat setengah SLRs, mempunyai meter cahaya yang berada di sebelah lensa.  Ia digunakan untuk mengetahui jumlah exposure yang diperlukan oleh sesuatu subjek menggunakan film speed. Meter cahaya ini mudah menyala-sel sensitif yang memastikan jumlah cahaya yang terdapat pada subjek.   Jumlah cahaya diukur, sekali lagi dengan menggunakan skala separuh dan berganda.  Sebagai contoh, 5 bermaksud terdapat dua kali cahaya sebagaimana di paras 4 dan separuh sebagaimana di paras 6.

Film speed perlu ditetapkan dengan tepat bagi memperolehi bacaan exposure yang tepat.  Apabila permukaan ditetapkan pada paras cahaya yang sesuai, kombinasi julat f-stop dan shutter speed ditunjukkan. Semuanya akan menghasilkan exposure yang sama. Seting exposure yang sesuai mungkin diberi pada paparan digital.  Pelbagai meter cahaya hand-held boleh didapati yang digunakan secara berasingan dari kamera.

Spot Metering

Meter mengambil nyalaan bacaan daripada sebahagian kecil subjek yang dikenali sebagai spot. Pemilihan spot sangat penting kerana spot yang dipilih merupakan ton yang dikehendaki bagi dedahan cahaya yang tepat.

Center Weighted Metering

Meter mengambil nyalaan bacaan daripada subjek tetapi tempat yang menjadi tumpuan adalah di tengah-tengah kawasan.

Matrix Metering

Dengan cara ini, meter mengambil beberapa bacaan merintasi bingkai dan membandingkan ia dengan pangkalan data yang disimpan dalam memori sistem.

No comments: